HomeIsu tempatanJemaah Haji Sabah berlepas ke Madinah bermula 13 Jun

Jemaah Haji Sabah berlepas ke Madinah bermula 13 Jun

Read Time:1 Minute, 23 Second

KOTA KINABALU : Seramai 284 jemaah haji Sabah akan berlepas ke Madinah menerusi dua penerbangan yang melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bermula Isnin depan.

Pengarah Tabung Haji Sabah Yusdi Nasip berkata, majlis pelepasan jemaah haji dijangka akan disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Raia Hotel Sembulan di sini.

“Penerbangan pertama iaitu pada 13 Jun akan melibatkan seramai 142 jemaah dari Pantai Barat antaranya Kota Belud, Wilayah Persekutuan Labuan dan Lawas, Sarawak yang kemudiannya akan digabungkan dengan jemaah lain di KLIA. 

“Manakala, penerbangan pada hari kedua iaitu pada 14 Jun pula, seramai 142 jemaah dari Pantai Timur Sabah seperti Semporna, Sandakan, Lahad Datu dan Tawau juga akan berlepas menerusi KLIA,” Katanya.  

Dalam pada itu, Yusdi turut memaklumkan semua pendeposit Tabung Haji diwajibkan untuk menggunakan aplikasi THiJARI bagi urusan deposit dalam talian yang diperkenalkan sejak Julai 2019. 

Pengarah Tabung Haji Sabah Yusdi Nasip

“Melalui aplikasi ini, pendeposit boleh membuka akaun secara dalam talian, membuat simpanan dan menyemak baki.

“Bakal-bakal haji juga boleh membuat semakan surat tawaran, surat penerbangan dan membuat rayuan haji  menggunakan aplikasi THiJARI,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah  Penerangan Sabah, Nadzerah Abdullah, di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Penolong Pengarah (KPP) Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Korporat (PKPM) JaPen, Azman Sipan, KPP Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, Peter Tong Ah Pin, KPP Unit Keurusetiaan, Ahmad Fauzi Lamsin, KPP Bahagian Penerbitan Dasar Negara, Sulia Ak Gihang, Ketua Pemasaran Tabung Haji Sabah, Mohd Readzuan Ramlan dan Ketua Pentadbiran Haji Tabung Haji Sabah, Abdul Fattah Fasor.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Sabah siap sedia untuk Hidrogen Hijau menerusi Tenaga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya