HomeUtamaSimulasi SAR Gunung Kinabalu tingkat keupayaan agensi penyelamat, selaras SOP pendakian

Simulasi SAR Gunung Kinabalu tingkat keupayaan agensi penyelamat, selaras SOP pendakian

Read Time:2 Minute, 12 Second

RANAU : Latihan Simulasi Mencari dan Menyelamat (SAR) Gunung Kinabalu yang diadakan setiap dua tahun sekali bertujuan untuk menyelaras tindakan penyelamatan, penambahbaikan prosedur standard operasi (SOP) pendakian dan penyelamatan di gunung berkenaan.

Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Sr Yusrie Abdullah berkata,  simulasi itu juga bertujuan untuk menyelaras penggunaan aset dan logistik yang optimum serta membiasakan anggota penyelamat dengan keadaan cuaca di kawasan pergunungan.

Katanya, bagi mencapai objektif tersebut, penciptaan senario dalam setiap kali simulasi diadakan adalah amat penting.

“Walau bagaimanapun, sekiranya senario tersebut hampir sama setiap kali simulasi diadakan maka, ianya kurang memberikan nilai tambah atau menarik terhadap simulasi tersebut.

“Saya mencadangkan agar Simulasi SAR Gunung Kinabalu pada masa akan datang hendaklah menggunakan kepakaran tinggi, peralatan dan teknologi yang canggih seperti mengangkat mangsa dan menghantar keperluan di tempat kejadian aras tinggi menggunakan helikoptor, penggunaan dron atau menggunakan Analisis Geospatial Techniques bagi mendapatkan jarak kesan gempa bumi dari suatu titik gempa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutupan Simulasi SAR Gunung Kinabalu siri ketiga di sini semalam.

Yusrie berkarta, perkara asas dan terpenting dalam setiap kali kerja-kerja penyelamatan adalah ‘respon time’ dalam memberikan bantuan sehingga mangsa tersebut berada di dalam keadaan yang selamat.

Katanya, tahap kesiap-siagaan semua anggota penyelamat hendaklah sentiasa berada di tahap optima pada bila-bila masa diperlukan. 

Sementara itu, Yusrie berkata, Taman-Taman Sabah (TTS) bersama-sama dengan Jabatan dan Agensi-agensi Penyelamat Kerajaan Negeri dan Persekutuan Malaysia telah melaksanakan tindakan persediaan bagi menghadapi gempa bumi.

Katanya, ianya termasuklah memperkukuhkan SOP endakian dan penyelamatan Gunung Kinabalu berdasarkan Arahan 20 Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan memasukkan Prosedur Proses dan Tindakan menangani bencana.

Menurutnya, SOP itu terhasil dan telah diuji semasa Simulasi SAR Gunung Kinabalu Siri 1/2016 dan Siri 2/2018. 

“Kerjasama TTS dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dipertingkatkan melalui persefahaman MoU dan seterusnya telah menubuhkan Pasukan Penyelamat MoSAR.

“Pasukan ini telah ditugaskan di Panalaban bersama-sama dengan Pasukan SAR TTS bagi memastikan pematuhan SOP dan keselamatan pendaki setiap hari,” katanya.

Menurutnya, alat pengesan gegaran gempa atau Seismometer juga telah dibina dan dipasang di puncak gunung Kinabalu dan sekitar daerah Ranau bagi tujuan pemantauan oleh MET Malaysia.

“Tiga faktor utama telah dikenalpasti menyumbang kepada kelewatan ‘respon time’ semasa tragedi gempa dahulu iaitu keupayaan fizikal dan mental anggota penyelamat, kurangnya penyelarasan tindakan dan komunikasi antara agensi serta penggunaan aset dan logistik yang terhad telah ditangani melalui penganjuran Simulasi Siri 1/2016 dan Siri 2/2018.

“Operasi Rintis Kinabalu yang menggunakan helikopter bagi tujuan penyelamatan mangsa telah dijalankan pada 21 hb hingga 24 Disember 2021. Syabas dan tahniah kepada TTS dan semua Jabatan dan agensi yang terlibat,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Isu Pelantikan TYT Sabah: KEADILAN Sabah seru hormati perlembagaan, henti sebar...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular