HomeSukanSabah FC tunjuk prestasi baik tewaskan Persija Jakarta

Sabah FC tunjuk prestasi baik tewaskan Persija Jakarta

Read Time:1 Minute, 17 Second

JAKARTA: Sabah FC menunjukkan prestasi baik apabila berjaya mencatat kemenangan 2-1 menewaskan Persija Jakarta dalam siri perlawanan persahabatan antarabangsa pertama di Stadium Patriot Chandrabhaga, Bekasi, Indonesia di sini malam tadi.

Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee berkata, kemenangan itu sangat penting selepas pemain berehat begitu lama dan ianya merupakan satu permulaan baik ketika pasukannya masih mempunyai baki dua perlawanan persahabatan penting sepanjang berada di Jakarta.

Katanya, ianya juga bagi membolehkan semua pemain dapat menimba pengalaman serta pendedahan sebelum Liga Super bersambung kelak.

“Persija Jakarta seperti kebiasaan, meskipun ketinggalan mereka pasti akan memberi tekanan kepada pasukan lawan. Beraksi di hadapan penonton sendiri sudah tentu memberikan kelebihan kepada mereka.

“Situasi ini berlaku kepada Sabah FC…Kita  melakukan beberapa kesilapan individu namun kembali berjaya mendapatkan gol kemenangan penting malam tadi.

“Secara keseluruhan saya sangat berpuashati dengan corak persembahan anak-anak buahnya malam tadi. Kita harap mereka akan mengekalkan corak permainan ini sekali gus berupaya memperbaiki kesilapan sedia ada,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Mengulas mengenai perlawanan persahabatan kedua menentang Bhayangkara FC yang diadakan tanpa kehadiran penonton, Kim Swee berkata Bhayangkara FC tidak mempunyai perbezaan ketara dengan pasukan sebelum ini dan berharap para pemainya mampu menampilkan aksi terbaik agar sasaran untuk mencapaikemenangan dapat diperolehi nanti.

“Objektif kita adalah sama seperti ditunjukkan ketika menentang pasukan Persija…Namun pemain yang akan diturunkan harus memikul tanggungjawab yang sama.

“Tidak kira siapa diturunkan dan saya harap apa yang penting pendedahan serta pengalaman bermain dengan pasukan luar Malaysia dapat dimanfaatkan ketika menentang Sri Pahang apabila Liga Malaysia disambung semula nanti,” katanya.

RELATED ARTICLES
Sukan

Kim Swee kekal bersama Sabah FC sehingga akhir musim

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya