HomeUtamaKPLB Sabah terus usaha cari kaedah baharu hapus miskin tegar di negeri...

KPLB Sabah terus usaha cari kaedah baharu hapus miskin tegar di negeri ini

Read Time:1 Minute, 22 Second

KOTA KINABALU : Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah akan terus berusaha mencari kaedah baharu bagi membantu kerajaan menghapuskan miskin dan miskin tegar khususnya di negeri ini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim berkata, ini termasuklah melaksanakan pendekatan dan kaedag secara bersasar terus kepada individu terlibat dan tidak lagi dilaksanakan secara rawak seperti sebelum ini.

“Keadaan telah banyak berubah dan halangan yang tidak lagi seperti dahulu, maka pendekatan bagi pembasmian kemiskinan itu juga perlu berubah mengikut keadaan semasa.

“Sebelum ini, Perdana Menteri telah menyatakan sasaran pada 2025, jumlah miskin tegar ini akan dapat diselesaikan.  Jadi kita mahu membantu menyelesaikan dengan lebih cepat dan agresif khususnya di Sabah yang melibatkan miskin dan miskin tegar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Amanat Menteri dan Serah Terima Tugas Setiausaha Tetap KPLB Sabah di sini hari ini.

Jahid berkata, pihaknya menerusi KPLB Sabah juga berharap agar Kerajaan Persekutuan akan dapat membantu Kerajaan Sabah dalam melaksanakan pelbagai program pembasmian kemiskinan di negeri ini.

“Sebelum ini juga kita telah mempunyai pengalaman termasuk mempunyai pangkalan data ketika pandemik COVID-19 dimana semua bantuan dapat disalurkan dengan sebaiknya.

“Justeru itu, strategi seperti ini juga akan dapat dilaksanakan terus kepada sasaran kerana kita telah mempunyai rekod sedia ada dan sudah pasti program pembasmian kemiskinan ini akan dapat dilaksanakan dengan lebih cepat,” katanya.

Sementara itu, Jahid berkata, jumlah miskin dan miskin tegar di negeri ini adalah seramai 67,737 orang.

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 39,623 adalah melibatkan miskin tegar manakala sebanyak 28,114 orang pula adalah melibatkan golongan miskin. “Jumlah ini yang akan kita basmi dengan segera menerusi kaedah-kaedah baharu yang akan dilaksanakan oleh KPLB Sabah,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan berlandaskan Al-Quran teras lahir modal insan perkasa bangsa, negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya