HomeIsu tempatan20,000 naskah terjemahan Al-Quran diterbitkan dalam bahasa Dusun Bunduliwan

20,000 naskah terjemahan Al-Quran diterbitkan dalam bahasa Dusun Bunduliwan

Read Time:1 Minute, 22 Second

KOTA KINABALU:  Sebanyak 20,000 naskah Terjemahan Al-Quran yang pertama di dunia diterbitkan menggunakan bahasa Dusun Bunduliwan.

Pengerusi Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Muslim SeMalaysia (KDMRS), Nicholas Sylvester berkata, naskah itu akan diwakafkan ke seluruh daerah di negeri ini.

Katanya, penterjemahan telah dilakukan oleh empat orang penterjemah tempatan yang mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi dalam bidang agama, berkemahiran dalam bahasa Arab dan berketurunan Dusun. 

“Para penterjemah yang terlibat dalam proses penerbitan ini terdiri daripada Dr. Yusuf Gimbad, Naim Mujim, Esibi Lakui dan Sulaimin Musinin.  Bahasa Dusun Bunduliwan yang digunakan merupakan bahasa standard yang digunakan dalam penyiaran di Sabah.

“Penterjemahan Al-Quran tersebut sudah selesai dan sekarang berada di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk penilaian terakhir dan selepas itu itu di Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum penerbitan naskah tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas membuat kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, di sini semalam.

Nicholas berkata, penterjemahan Al-Quran ke bahasa Dusun bermula Januari 2019 dan tamat pada Disember 2020 selesai dari kulit ke kulit.

Dalam pada itu, Nicholas yang Pengarah Projek Terjemahan Al-Quran (TAQ) Dusun menjelaskan tujuan kunjungan tersebut adalah untuk memohon perkenan Tun Juhar Mahiruddin bagi memberikan kata pengantar untuk Terjemahan Al-Quran yang diterbitkan dalam Bahasa Dusun tersebut.

Turut hadir dalam kunjungan hormat tersebut, Mufti Kerajaan Negeri Sabah merangkap Penasihat Projek TAQ Dusun, Datuk Bungsu@ Aziz Jaafar dan Timbalan Pengerusi KDMRS Muslim, Azizul Julirin.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

PSI Universiti Oxford, UMS catat sejarah jalin kerjasama dalam penyelidikan pandemik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular