Rakyat diseru meriahkan perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU : Rakyat di negeri ini diseru untuk terus menyokong dan memeriahkan perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa Kali ketujuh yang akan berlangsung pada 1 hingga 3 Julai depan.

Presiden Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS), Tan Sri Dr. T.C. Goh berkata, jumlah penyertaan pasukan dari luar negara dijangka akan berkurangan ekotan kekangan Prosedur Operasi Standard (SOP) di negara masing-masing.

“Walaupun pendaftaran pertandingan ini masih belum ditutup namun, penglibatan daripada negara lain masih kurang disebabkan kekangan SOP di negara masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat bersama rombongannya terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu di sini semalam.

“Penyertaan pasukan luar negara bagi Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa kali ketujuh dijangka akan berkurangan akibat pandemik COVID-19 yang berlaku di negara masing-masing.

Goh berkata, masih terdapat banyak negara yang belum terbuka ataupun banyak sekatan dan dilihat tidak sesuai untuk pasukan terlibat menyertai pertandingan berkenaan.

“Ada negara seperti China masih mengamalkan kuarantin selama 28 hari maka mungkin tidak begitu sesuai dari pasukan negara tersebut menyertai pertandingan ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Goh memaklumkan acara tahunan anjuran Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS) itu menerima penyertaan tempatan yang amat menggalakkan.

“Saya bersyukur kerana tahun ini pertandingan perahu Naga kali ketujuh dapat dilaksanakan selepas dua tahun tidak dapat menganjurkan pertandingan ini akibat pandemik COVID-19.

“Para peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini juga terdiri daripada kaum bumiputera.

“Penyertaan daripada pasukan tempatan daripada seluruh negara amat menggalakkan dijangka lebih 100 pasukan akan turut serta setelah dua tahun tidak dapat mengadakan pertandingan tersebut,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *