HomeUtamaEmpat program 'flagship' dilaksanakan KPMKR

Empat program ‘flagship’ dilaksanakan KPMKR

Read Time:1 Minute, 37 Second

KOTA KINABALU : Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR) Sabah melaksanakan empat program ‘flagship’ di bawah Pelan Pembangunan Halatuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Menterinya Datuk Ir Shahelmey berkata, program yang dilaksanakan itu mencakupi semua kumpulan sasar kementerianya pada tahun ini.

Katanya, antara program yang dilaksanakan ialah Homeward untuk penjagaan orang kurang upaya (OKU), warga emas dan golongan memerlukan rawatan,

“Ia diikuti program Outreach Santuni Wanita yang disasarkan untuk golongan wanita, Pusat Perkembangan Kanak-Kanak (PPKK) yang menyediakan pusat didikan untuk kanak-kanak luar bandar dan pedalaman serta program Sosial Time Banking untuk golongan sukarelwan kebajikan.

“PPKK menyediakan pusat didikan untuk kanak-kanak berumur di bawah tujuh tahun yang tinggal jauh di pedalaman dan tiada tadika atau pusat didikan. Ia adalah satu usaha yang melibatkan kanak-kanak di luar bandar agar mereka mendapat pendidikan awal yang sama seperti dinikmati kanak-kanak di bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) KPMKR 2021, di sini, hari ini.semalam.

Hadir sama dua Pembantu Menteri Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraaan Rakyat, Datuk Julita Majungki dan Flovia Ng.

Shahelmey berkata, sehingga kini sebanyak 34 PPKK yang membabitkan seramai 1,162 kanak-kanak diwujudkan di luar bandar dan pedalaman, manakala dua lagi PPKK dirancang diwujudkan pada tahun ini.

Katanya, bagi Sosial Time Banking, program berkenaan disasarkan kepada sukarelawan kebajikan bertujuan menggalakkan mereka memberi tumpuan dan meluangkan lebih banyak masa untuk melaksanakan kerja kebajikan.

“Menerusi program ini, sukarelawan akan mendapat imbuhan atas kerja sukarelawan yang mereka laksanakan,” katanya.

Sementara itu, Shahelmey turut mengingatkan usaha memerangi pandemik COVID-19 masih lagi dilaksanakan walaupun negara sudah berada dalam fasa peralihan ke endemik.

Katanya, usaha memerangi pandemik masih belum berakhir dan rakyat diingatkan untuk terus memakai pelitup muka di tempat tertentu, menjaga kesihatan dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang masih dikuatkuasakan.

“Pihak kementerian melalui Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah (MPMS) juga sedang menyediakan buku Pandemik Covid-19: Impak dan Norma Baharu di Sabah yang akan dilancarkan tidak lama lagi,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

FCDO  jamin teliti permintaan Sabah tarik semula larangan perjalanan ke Pantai...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular