HomeUtamaHFMD di Sabah turun 27.17 peratus

HFMD di Sabah turun 27.17 peratus

Read Time:1 Minute, 54 Second

KOTA KINABALU : Jangkitan penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) di Sabah mula menunjukkan penurunan kes pada minggu epidemiologi ke-22 iaitu sebanyak 528 kes berbanding 725 kes pada minggu sebelumnya.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Datuk Dr Rose Nani Mudin berkata, kes yang direkodkan bermula 29 Mei hingga 4 Jun itu merupakan penurunan sebanyak 27.17 peratus menjadikan kumulatif kes yang dilaporkan sehingga minggu epidemiologi ke-22 adalah sebanyak 4,604 kes.

Katanya, dari jumlah itu, sebanyak 4,224 atau 91 peratus kes HFMD dilaporkan berlaku di kalangan kanak-kanak berusia enam tahun ke bawah.

“Melalui ‘surveilans enterovirus’, didapati 57 sample positif (21 peratus) dari 267 sampel yang diuji iaitu 39 sampel positif pan-enterovirus dan 18 sampel positif Coxsackie A16.

“Kedua-dua jenis virus ini adalah antara yang menyebabkan penularan dalam komuniti di negeri Sabah,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Dr Rose Nani berkata, lima daerah yang melaporkan kumulatif kes tertinggi adalah Tawau sebanyak 715 kes, Sandakan (615 kes), Papar (470 kes), Lahad Datu (428 kes) dan Kota Belud (399 kes).

Katanya, setakat ini tidak ada kes kematian yang disebabkan oleh HFMD dilaporkan di negeri Sabah dan kebanyakan jangkitan dilaporkan berlaku di rumah persendirian atau pusat-pusat pendidikan awal.

“Keadaan wabak HFMD di negeri Sabah masih terkawal. Aktiviti-aktiviti kawalan seperti ‘townhall meeting’ bersama pihak taska masih dijalankan dari semasa ke semasa.

“Aktiviti kawalan dan pencegahan HFMD sehingga minggu epidemiologi ke-22 turut dilaksanakan termasuklah pemeriksaan premis; disinfeksi premis; penutupan premis di bawah Akta 342; pembukaan premis; persampelan dan pendidikan kesihatan,”katanya.

Sementara itu, Dr Rose Nani berkata, pihaknya turut mengingatkan agar ‘gatekeeping’ dilaksanakan di pintu masuk taska, tadika, tabika, pra-sekolah dan pusat-pusat asuhan dan pembelajaran untuk mengesan kanak-kanak yang mempunyai gejala penyakit berjangkit termasuk HFMD.

Katanya, pihak pengurusan pusat-pusat penjagaan harus peka dan memastikan kanak-kanak yang menunjukkan gejala seperti demam, ruam, cirit-birit dan sebagainya tidak dibenarkan masuk ke premis.

“Selain itu, pihak pengurusan juga perlu menasihatkan ibu bapa menghantar anak ke fasiliti kesihatan bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut dan seterusnya mengasingkan kanak-kanak ini di bilik khas dan tidak bercampur atau bergaul dengan kanak-kanak lain bagi mengelakkan penularan jangkitan.

“JKNS juga ingin mengingatkan agar ibu bapa yang mempunyai anak kecil agar tidak membawa anak ke tempat yang berisiko,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

FCDO  jamin teliti permintaan Sabah tarik semula larangan perjalanan ke Pantai...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular