HomeSukanPerlawanan persahabatan antarabangsa beri pengajaran, pendedahan kepada Sabah FC

Perlawanan persahabatan antarabangsa beri pengajaran, pendedahan kepada Sabah FC

Read Time:1 Minute, 10 Second

JAKARTA : Tiga perlawanan persahabatan antarabangsa di Indonesia banyak memberi pengajaran dan pendedahan kepada semua barisan pemain Sabah FC bagi mempersiapkan pasukan bagi meneruskan saingan Liga Super dan Piala FA selepas ini.

Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee berkata, pasukannya yang memperoleh satu kemenangan, satu seri dan satu kekalahan menerusi tiga perlawanan persahabatan itu dilihat cukup baik dan berkualiti.

Katanya, pasukannya juga dilihat dapat memperbaiki corak permainan dan mengekalkan momentum para pemain.

“Apabila kita bermain dengan mana-mana pasukan sekalipun, sudah tentu ada kelemahan dan saya akan pastikan seminggu ini kita perbaiki kelemahan kita apabila pulang ke Sabah nanti.

“Pada perlawanan terakhir menentang Persiba Balikpapan, kita mensia-siakan peluang yang banyak dan beberapa pemain tidak menunjukkan prestasi yang agak baik,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kim Swee berkata, bagaimanapun secara keseluruhan apabila bermain dengan pasukan Liga dua ataupun Divisyen dua pasti akan memberi satu saingan sengit.

“Namun tanpa dibolosi itu lebih penting untuk kita bawa ke perlawanan yang akan datang di mana bermain dengan pasukan Sri Pahang kita tahu mereka mempunyai pemain-pemain yang cukup bagus,” katanya.

Pada tiga perlawanan itu, Sabah berjaya mencatat kemenangan 2-1 keatas Persija FC; tewas kepada Bhayangkara FC (1-2) dan seri 0-0 menentang Persiba Balikpapan.

Sabah FC akan meneruskan perlawanan Liga Super menentang Sri Pahang pada 18 Jun ini di Stadium Likas sebelum bertemu Selangor FC di Stadium MBPJ pada 28 Jun.

RELATED ARTICLES
SukanUtama

Ram Singh dilantik sebagai Presiden Persatuan Memanah Negeri Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular