HomeUtamaSLS mohon semakan kehakiman berhubung pemberian khas kepada Sabah

SLS mohon semakan kehakiman berhubung pemberian khas kepada Sabah

Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU : Persatuan Undang-undang Sabah (SLS) memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman susulan penerbitan Warta Persekutuan berhubung Pemberian Khas kepada Sabah.

Penerbitan Warta Persekutuan itu dilihat tidak selari dengan hak negeri ini berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan permohonan itu menamakan Kerajaan Persekutuan sebagai responden.

Wakil Peguam SLS, Jeyan T.M Marimutu berkata, semakan yang diterbitkan menerusi Warta Persekutuan pada 20 April lalu hanya mengambil kira tempoh bayaran bermula tahun 2022 sehingga 2026.

Katanya, semakan kehakiman itu adalah bagi menuntut bayaran yang tertunggak bagi tahun 1974 sehingga 2021.

“Di bawah perkara 112C yang dibaca bersama Bahagian IV Jadual 10, Sabah berhak mendapat Pemberian Khas sebanyak 40 peratus seperti yang dikira mengikut formula yang ditetapkan dalam bahagian itu.

Wakil Peguam SLS, Jeyan T.M Marimutu

“Perkara 112D (3) dan (4) mesti dibaca bersama Perkara 112C juga Bahagian 4 dalam Jadual 10.  Perkara 112D (1) memperuntukkan bahawa kajian semula hendaklah diadakan selang masa seperti yang disebu di bawah Perkara 112D (4) yang diperuntukkan kepada Sabah dan Sarawak bagi tempoh 1969 hingga 1974,” katanya.

Sebelum ini Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata , Kerajaan Negeri mengambil maklum berhubung permohonan SLS untuk semakan kehakiman berhubung isu Pemberian Khas 40 peratus kepada Sabah di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, Kerajaan Sabah melihat inisiatif SLS dari sudut positif yang tidak berpihak dan tidak berpolitik dalam kepentingan bersama aturan perlembagaan ketika Sabah terlibat dalam pembentukan Malaysia pada1963.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular