HomeLuar negaraPesakit sembuh tidak kebal, boleh dijangkiti semula sub varian Omicron  - Penyelidik

Pesakit sembuh tidak kebal, boleh dijangkiti semula sub varian Omicron  – Penyelidik

Read Time:1 Minute, 33 Second

REUTERS

NEW YORK: Individu yang pernah disahkan positif COVID-19 varian Omicron terdedah untuk dijangkiti sekali lagi versi baharu varian itu biarpun sudah menerima vaksin dan suntikan dos penggalak.

Penyelidik dari China melaporkan, pesakit Omicron BA.1 yang sudah mendapatkan vaksinasi menghasilkan antibodi yang mampu meneutralkan virus COVID-19 asal, bagaimanapun sub varian Omicron yang merebak ketika ini bermutasi dan membolehkan virus mengelak daripada antibodi terbabit.

Omicron BA.2.12.1, yang ketika ini merebak dengan banyak di Amerika Syarikat (AS) dan Omicron BA.5 serta BA.4 yang menyebabkan lebih 21 peratus jangkitan baharu di AS mengandungi mutasi yang tidak terdapat dalam versi BA.1 dan BA.2 varian Omicron.

Hasil uji kaji penyelidik mendapati sub varian baharu itu berupaya mengelak daripada antibodi yang terhasil daripada jangkitan dan vaksinasi COVID-19.

Uji kaji turut menunjukkan ubat antibodi monoklonal bebtelovimab daripada Eli Lily dan cilgavimab iaitu komponen Evusheld AstraZeneca, masih mampu meneutralkan BA.2.12.1 dan BA.4/BA.5 dengan berkesan.

Bagaimanapun, dos penggalak berdasarkan virus BA.1, seperti yang sedang dibangunkan oleh Pfizer/BioNTech dan Moderna mungkin tidak mencapai perlindungan spektrum luas terhadap sub varian Omicron baharu.

Penyelidik penyakit berjangkit dari Sekolah Perubatan Yale, Dr Onyema Ogbuagu, berkata kajian sebelum ini mencadangkan individu dijangkiti Omicron dan tidak pernah menerima vaksinasi berkemungkinan gagal mengembangkan tindak balas imunisasi yang boleh melindungi mereka daripada dijangkiti varian lain.

“Pandangan peribadi saya walaupun terdapat beberapa kelebihan untuk memiliki vaksin khusus berkaitan Omicron, saya berpendapat ia akan memberi manfaat yang sedikit berbanding perkembangan terkini berkaitan vaksin dan dos penggalak sedia ada.

“Walaupun berlaku penggelakkan imunisasi, jangkaannya ialah vaksin masih mampu melindungi daripada dijangkiti penyakit serius.

“Jika anda dijadualkan mendapatkan dos penggalak, sila dapatkan segera. Apa yang kita pelajari secara klinikal ialah ia amat penting untuk kita sentiasa mendapatkan vaksin terkini bagi mengekalkan kadar antibodi COVID-19 yang tinggi dalam darah kita,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Australia perkukuh hubungan kerjasama dengan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya