HomeUtamaSPRM tahan 4 saspek disyaki buat tuntutan palsu projek RM300 juta 

SPRM tahan 4 saspek disyaki buat tuntutan palsu projek RM300 juta 

Read Time:41 Second

Kuala Lumpur: Empat individu termasuk pengurus syarikat hartanah berkaitan kerajaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki menggelapkan wang berjumlah RM300 juta.

Sumber berkata, suspek disyaki bersubahat dengan membuat tuntutan palsu berkaitan projek pembangunan di Pantai Timur.

Menurutnya, tiga lagi individu ditahan SPRM adalah pengurus projek, pengarah urusan dan arkitek daripada syarikat kontraktor dan juruperunding.

“Kesemua mereka yang ditahan berusia antara 28 hingga 48 tahun. Tiga daripada mereka ditahan di Pejabat SPRM Terengganu manakala seorang lagi ditahan di rumahnya di ibu negara pada jam 12 tengah hari semalam.

“Suspek sudah ditahan reman selama enam hari bermula hari ini sehingga Rabu hadapan. Perintah reman dibenarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pagi semalam,”

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan penahanan empat individu itu namun enggan mengulas lanjut.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular