HomeIsu tempatanGembira sektor pelancongan mula berkembang - Daniel

Gembira sektor pelancongan mula berkembang – Daniel

Read Time:1 Minute, 54 Second

KUNDASANG : “Gembira apabila sektor pelancongan di Sabah terutama di Kundasang mula berkembang,” kata Daniel Chong, salah seorang pengusaha inap desa di daerah ini.

Inap desa yang dinamakan ‘Once upon a time in Kundasang’ itu diusahakan bersama isterinya Carmen Ho dan mula dibuka serta beroperasi pada November 2019 kepada pengunjung domestik dan antarabangsa.

Daniel berkata, empat bulan selepas dibuka, pengoperasian inap desa yang diusahakan mereka terpaksa ditutup berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selain perlu mematuhi prosedur standard operasi (SOP) yang ditetapkan Kerajaan.

Daniel Chong

“Tetapi pada Julai 2020, kami ada membuka penginapan ini secara ‘on-off’ namun pengunjung luar dilihat kurang untuk datang disebabkan pada ketika itu ada larangan merentas daerah.

“Justeru, saya dan isteri mengambil keputusan menutup pengoperasian hampir lebih setahun dan membuka semula pada 8 Oktober 2021 apabila Kerajaan mengumumkan membenarkan rentas negeri dan ke luar negara.

“Kebenaran itu juga membolehkan pelancong domestik datang untuk melancong khususnya di Sabah,” katanya kepada Sabah Media di sini baru-baru ini.

Katanya yang turut mengakui tidak menyangka akan dilaksanakan PKP berikutan pandemik COVID-19 yang melanda negara sebelum ini.

Sementara itu, Daniel berkata, dia dan isterinya mengambil inisiatif untuk membuka perniagaan inap desa itu disebabkan mempunyai minat yang sama iaitu melancong.

Ruang luar inap desa yang berlatar belakang Gunung Kinabalu yang menjadi antara kebanggaan rakyat Sabah

“Kami sebenarnya suka melancong, reka bentuk inap desa ini juga kami mengambil idea dari beberapa buah negara yang pernah kami lawat antaranya seperti Switzeland dan Taiwan.

“Selain itu, kami juga melihat kawasan Kundasang ini sebagai lokasi menarik untuk dikunjungi oleh pengunjung dalam dan luar negara selain kedudukan inap desa ini juga mempunyai latar belakang Gunung Kinabalu,” katanya.

Meskipun turut mengakui mengalami kerugian yang banyak akibat penutupan inap desa sebelum ini namun Daniel berkata, dia dan isteri akan terus berusaha melaksanakan promosi bagi menarik lebih ramai pengunjung dalam ke inap desanya.

“Memang banyak kerugian, namun kami bersyukur apabila sektor pelancongan kini mula berkembang dan kami perlu mengambil masa setahun atau dua tahun lagi untuk ‘cover’ semula kerugian yang dialami sebelum ini.

“Buat masa ini, kami hanya menumpukan kepada pengunjung domestik dan belum menerima sepenuhnya pelancong luar negara berikutan COVID-19 masih ada,” katanya.

Inap desa berkenaan yang terletak lebih kurang 3 kilometer dari Pekan Kundasang itu sentiasa menerima tempahan khususnya pada musim cuti awam mahupun cuti sekolah.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

‘Dapur Kita-Kita’ bantu ringankan pekerja berpendapatan rendah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular