Kes pukul di restoran, polis buru 2 suspek 

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:52 Second

PETALING JAYA: Polis kini memburu Dua lelaki selepas dipercayai terlibat dalam kes pukul dalam restoran di Bandar Mahkota Cheras akibat perselisihan faham di Facebook, pada Jumaat lalu.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Mohd Nasir Drahman, kejadian jam 8 malam itu berlaku apabila mangsa berusia 48 tahun bertemu dengan dua lelaki di restoran itu untuk menyelesaikan masalah peribadi.

Katanya, salah seorang suspek dipercayai memuatnaik gambar bapa mangsa yang telah meninggal dunia dan mengaibkannya di media sosial.

“Ketika berbincang, lelaki terbabit naik angin dan memaki hamun sebelum dia dan rakannya bertindak memukul mangsa menggunakan batang besi paip dan kerusi plastik.

“Mangsa yang mengalami kecederaan di kepala kemudian mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta dan menerima 12 jahitan di kepala,” katanya dalam kenyataan semalam, lapor Bernama.

Katanya, polis yang menerima laporan kini giat memburu kedua-dua lelaki bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu untuk menghubungi balai polis terdekat atau Pegawai Penyiasat Sjn Ahmad Faizal menerusi talian 019-7691924 bagi membantu siasatan,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *