HomeUtamaCadang tubuh UKK di hospital, salur maklumat tepat kepada masyarakat

Cadang tubuh UKK di hospital, salur maklumat tepat kepada masyarakat

Read Time:1 Minute, 34 Second

KOTA KINABALU : Semua hospital khususnya di negeri ini dicadang untuk menubuhkan satu Unit Komunikasi Korporat (UKK) bagi membolehkan penyaluran maklumat kepada masyarakat akan lebih tepat.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, menerusi unit itu ianya juga akan dapat menyalurkan maklumat yang lebih telus selain tidak menimbulkan sebarang spekulasi berhubung perkhidmatan kesihatan.

“Semalam saya ada mengadakan perbincangan dengan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) untuk meminta setiap hospital menubuhkan satu unit UKK supaya mereka boleh berkomunikasi dengan masyarakat.

“Menerusi UKK ini penyaluran maklumat akan lebih tepat dan telus.  Maka tidak akan timbul sebarang spekulasi atau tuduhan -tuduhan yang berkaitan dengan perkhidmatan kesihatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri pelancaran perkhidmatan e-Bus di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Shahelmey berkata, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), JKNS dan hospital mempunyai prosedur standard operasi (SOP) dan etika dalam melaksanakan perkhidmatan kesihatan.

“Justeru itu,para petugas kesihatan perlu mematuhi SOP dan etika perkhidmatan. Masyarakat juga perlu mengetahui mengenai perkara-perkara atau maklumat yang boleh dikongsi secara umum, ada juga yang tidak boleh dikongsi secara terbuka.

“Maka sebab itulah pentingnya UKK ini ditubuhkan yang boleh berhubung dan berkomunikasi dengan masyarakat bagi menerangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan perkhidmatan kesihatan,” katanya.

Dalam pada itu, Shahelmey turut meminta orang ramai khususnya pengguna media sosial untuk sentiasa mengamalkan budaya yang terkandung dalam Rukun Negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan.

“Saya melihat di media sosial terutama Facebook pada masa ini, para netizen meluahkan rasa emosi,marah dan ada juga yang mengeluarkan bahasa kesat terhadap petugas kesihatan seperti jururawat, doktor dan sebagainya.

“Ini satu perkara yang sepatutnya tidak kita lakukan.  Biarlah siasatan yang telus dibuat oleh pihak berkaitan sekiranya berlaku kecuaian atau ketidakcekapan dalam perkhidmatan kesihatan.

“Bagi kita khususnya masyarakat sepatutnya tidak mengeluarkan kata-kata kesat yang boleh melemahkan atau menghilangkan motivasi petugas kesihatan.  Justeru perkara ini perlu dihentikan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan berlandaskan Al-Quran teras lahir modal insan perkasa bangsa, negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya