HomeEkonomiKartel atau pakatan pelaris ayam ? - Dr Azhar Kasim

Kartel atau pakatan pelaris ayam ? – Dr Azhar Kasim

Read Time:3 Minute, 29 Second

Kartel atau Pakatan Pelaris Ayam itu tajuk yang dibangkitkan Dr Azhar Kasim, Pengerusi Persatuan pembiak baka ayam kampung warisan, Malaysia.

Beliau yang mengulas mengenai laporan yang bakal diterbitkan oleh Suruhanjaya Persaingan harga (MyCC) mengenai isu kartel ayam pada minggu hadapan itu berkata mungkin kupasan beliau ini, tidak sama macam yang dibuat melalui siasatan rasmi pihak berwajib.

Menurut Dr Azhar, Komoditi ayam merupakan komoditi yang tidak memperlihatkan kenaikan harga dengan melampau sejak lebih 30 tahun dahulu berbanding komoditi lain seperti daging lembu, kambing dan ikan.

“ Tengok sahaja daging lembu, kambing dan ikan… harga dah tembusi langit”

Malah baginya, pemain-pemain utama industri ayam ini, adalah orang yang sangat bijak apabila mereka mengekalkan dan menstabilkan harga ayam daging pada paras lebih rendah dari sumber protein berasaskan daging yang lain.

“ Sehingga ke saat ini pengambilan daging ayam per kapita telah naik ke tangga ketiga di dunia (selepas USA dan Israel) …menghampiri 50kg/orang/tahun”

ECONOMIC OF SCALE

Menurut Dr Azhar yang juga antara pakar di dalam bidang ternakan ayam,, pengusaha bidang ternakan ayam ini mendapat keuntungan berasaskan economic of scale.

Katanya, para penternak ini hanya memerlukan sedikit sahaja kenaikan harga jualan ayam.

“ Naikkan sedikit harga sahaja dah ok. Sebabnya, jualan bukan setakat puluhan ekor…. tapi ratusan dan ribuan ekor sehari. Elak dari jual dgn harga mahal, nanti tidak akan jadi daya penarik untuk pengguna terus jadikan ayam sebagai menu first in the list.

Tambahnya syarikat-syarikat ayam ini turut mempunyai keupayaan kewangan. Land bank pun ada untuk buat cagaran pinjaman bank.

“ Sudah lah pelihara ayam dengan volume economic of scale, tambah pula guna teknologi baik, baka baik dan makanan baik. Maka, kos produksi kekal pada tahap rendah dan tak perlulah naikkan harga ayam di ladang dgn skala banyak (sejak dulu lagi) .

Dan kuncinya adalah jualan ayam daging yg kekal paling banyak laris… margin untung dari seekor tak banyak, tapi volume jualan yg banyak dapat pastikan pendapatan tinggi katanya di dalam satu catatan di laman facebooknya hari ini.

Dalam pada itu, Menurut Dr Azhar lagi, di dalam sistem integrasi yang diamalkan di Malaysia, syarikat-syarikat besar sudah ada kilang makanan(dedak) sendiri, mengeluarkan sendiri anak ayam dan jimatkan lagi kos melalui penternakan secara kontrak.

“ Maka untung tambahan dah dapat dari jualan dedak dan jualan anak ayam. Maka tak perlu kacau sangat harga jualan di ladang agar pengguna kekal suka beli ayam daging.

“ Bila ayam dah jadi murah, ianya membuka ruang dan peluang perniagaan bagi rakyat. Maka bertambah gerai dan menu ayam seperti nasi ayam, ayam penyet, chicken chop, ayam gunting, satay ayam dan sebagajnya. Oleh itu ayam daging telah berjaya membina ekonomi rakyat melalui perniagaan berasaskan ayam.

PRODUK HILIRAN DAN PRODUK TAMBAH NILAI

Menurut Dr Azhar, syarikat-syarikat ayam turut menerokai produk tambah nilai seperti potongan terpilih, boneless, daging kisar, nugget, burger, frankfurter, drummet dan lain-lain lagi.

‘ Ianya melipat gandakan lagi keuntungan. Modal dapat jimat sikit dgn import bahan-bahan daging ayam yg lebih murah jika diimport.

“ Memang rakyat suka makan burger, nugget dan lain-lain, Jika pendapatan dah baik dari produk tambah nilai, maka tak perlulah nak naikkan harga ayam bulat tinggi sangat, Ayam bulat itu dijadikan sebagai pelaris dan juga umpama CSR kpd rakyat.

Mengakhiri tulisanya itu, beliau turut bertanyakan adakah rakyat malasyaia sedar bahawa harga ayam daging di Malaysia ini adalah yg termurah di kalangan negara ASEAN …

“ Walaupun sekitar 90% bahan makanan ayam diimport! Harga sayur dah naik…daging naik dan hampir semua naik. Apa taknya satu dunia hadapi inflasi. Tahap inflasi kita antara yg rendah di dunia. Walau bagai mana pun inflasi makan adalah yg tinggi.. pada tahap 4.2% katanya lagi.

Semalam Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, siasatan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mengenai kartel ayam akan dibentangkan minggu hadapan.

“Seperti dijanjikan MyCC, siasatan berhubung kartel itu perlu selesai penghujung bulan ini.

MyCC menubuhkan pasukan khas pada awal Februari lalu untuk menyiasat dakwaan terdapatnya pelakuan antipersaingan merangkumi perjanjian antipersaingan atau dan penyalahgunaan kedudukan dominan dalam pasaran yang boleh meningkatkan harga barangan dalam pasaran industri ayam.

Penemuan daripada penyiasatan ini akan dibentangkan kepada anggota Suruhanjaya yang bertindak sebagai sebuah badan separa kehakiman yang mempunyai kuasa memutuskan sama ada terdapat pelanggaran terhadap Seksyen 4 Akta Persaingan 2010.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular