HomeIsu tempatanMelaka tertarik dengan konsep pelancongan berasaskan komuniti di Sabah

Melaka tertarik dengan konsep pelancongan berasaskan komuniti di Sabah

Read Time:1 Minute, 43 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Konsep pelancongan berasaskan komuniti di Sabah menarik minat Negeri Melaka sekaligus ingin mengetahui lebih lanjut mengenainya.

Kenyataan Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Joniston Bangkuai, bahawa Sabah mempunyai lebih 300 pengusaha pelancongan luar bandar, kebanyakannya berasaskan komuniti, mendapat reaksi yang menggalakkan daripada Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Melaka Datuk Muhammad Jailani Khamis.

Joniston menyatakan pada permulaan sesi pemadanan perniagaan antara pemain pelancongan Melaka dan Sabah bahawa Sabah terkenal dengan eko-pelancongan dan komuniti luar bandar, yang mana Melaka boleh bantu mempromosikannya.

Beliau seterusnya menyatakan, dengan demikian Sabah akan turut membantu Melaka mempromosikan warisan sejarah negeri itu.

“Melaka terkenal dengan warisan sejarah dan budaya tersendiri. Perkara yang sama boleh dikatakan bagi negeri Sabah yang terkenal dengan destinasi pelancongan desa berasaskan komuniti dan produk eko-pelancongan yang menarik minat pencinta alam semula jadi” kata Joniston, pada Khamis.

“Kepelbagaian produk pelancongan satu-satunya ini sudah cukup untuk menunjukkan apa yang Sabah tawarkan yang tidak ditawarkan oleh Melaka, begitu juga sebaliknya. Kedua-dua negeri juga berada dalam senarai Warisan Dunia UNESCO, dengan Melaka ditetapkan sebagai Bandar Warisan Dunia UNESCO dan Taman Kinabalu ditetapkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

“Saya percaya kedua-dua negeri ini mempunyai produk pelancongan yang saling melengkapi dan kita harus bekerjasama mempromosikan keunikan produk pelancongan kita bagi merancakkan semula aktiviti pelancongan negara secara keseluruhannya,” tambahnya.

Joniston berucap pada “Seminar Semarak Pelancongan dan Sesi Padanan Niaga” yang diadakan di sini. Majlis dirasmikan oleh Muhammad Jailani.

Turut hadir pengurus besar Pelancongan Melaka Sa’ari Basiron dan Pengarah Pelancongan Malaysia Sabah Ednie Rahma Ab Rahim.

Menurut Muhammad Jailani, pelancongan berasaskan komuniti merupakan konsep baharu bagi mereka, dan pemain industri pelancongan Melaka boleh belajar banyak daripada Sabah dan berkongsi maklumat baharu.

“Saya melihat keperluan untuk kedua-dua negeri bekerjasama, dan pemain pelancongan kita melawat kawasan luar bandar Sabah supaya mereka dapat memerhatikan bagaimana masyarakat menguruskan perniagaan pelancongannya.

“Saya juga melihat bagaimana Melaka boleh belajar dari Sabah tentang perkhidmatan Roll on-Roll off (RORO) sebagai sebahagian daripada komitmen kami untuk membangunkan projek RORO Dumai-Melaka,” katanya merujuk kepada perkhidmatan RORO Menumbok-Labuan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

28 Hafiz, Hafizah sertai kategori hafazan pada MTHQNS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya