HomeUtamaKerajaan komited jamin kelangsungan bekalan ayam dengan harga berpatutan

Kerajaan komited jamin kelangsungan bekalan ayam dengan harga berpatutan

Read Time:56 Second

PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan mengadakan satu mesyuarat khas esok bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Mesyuarat khas bagi membincangkan isu berkaitan dengan bekalan dan harga siling baharu ayam di pasaran itu akan turut disertai oleh pemain-pemain industri penternakan ayam .

Menterinya, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dalam satu kenyataan berkata, ini adalah susulan keputusan Kerajaan yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri hari ini supaya harga ayam di pasaran tidak akan diapungkan.

“Keputusan yang dibuat ini membuktikan keprihatinan Kerajaan demi menjaga kepentingan Keluarga Malaysia supaya bekalan ayam terus diperolehi dengan harga kawalan yang berpatutan,” katanya.

Bekalan ayam kekal stabil pada minggu ketiga bulan Jun 2022 dan mencukupi untuk menampung permintaan bulan semasa.

Ronald menambah Jawatankuasa Teknikal Menangani Isu Sekuriti Bekalan Makanan Negara juga akan bersidang pada 27 Jun ini bagi memantau status bekalan makanan negara dan pelaksanaan tindakan intervensi yang dirangka bagi menangani isu bekalan makanan.

Justeru, katanya, kerajaan akan meneruskan usaha untuk memastikan ketersediaan dan kelangsungan bekalan ayam di pasaranKerajaan komited jamin kelangsungan bekalan ayam dengan harga berpatutan kekal terjamin dengan harga yang berpatutan bagi memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia.

RELATED ARTICLES
Utama

74 Gereja di Tongod Terima Sumbangan Sempena Hari Natal

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular