HomeIsu tempatanQRF ATB2 menumpaskan sindiket seludup rokok dan tembakau tidak bercukai di Tawau

QRF ATB2 menumpaskan sindiket seludup rokok dan tembakau tidak bercukai di Tawau

Read Time:1 Minute, 51 Second

TAWAU: Sebanyak 645 karton rokok dan tembakau secara tidak sah (tidak bercukai) bernilai RM 54,295.00 dirampas oleh Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (MK ATB 2) menerusi rondaan Op BENTENG BERSAMA berhampiran Masjid Al Islam di Lorong Haji Salleh, dekat sini, pagi tadi.

Menurut satu kenyataan MK ATB2, pasukannya telah berjaya mematahkan cubaan sindiket menyeludup masuk rokok dan tembakau hasil tindakan pantas Tim Quick Reaction Force (QRF) setelah mencurigai tindakan seorang lelaki dewasa yang sedang memuat masuk barangan berupa kotak dalam bungkusan plastik hitam kedalam sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi berwarna kelabu sekitar jam 6.00 pagi.

Katanya, Tim QRF telah bertindak mendekati kenderaan tersebut tetapi lelaki tersebut berjaya melarikan diri. Hasil pemeriksaan awal terhadap kenderaan tersebut mendapati kenderaan tersebut digunakan bagi tujuan membawa rokok dan tembakau seludup dari Indonesia ke Tawau.

MK ATB 2 percaya kegiatan ini turut melibatkan sindiket warga tempatan dan warga asing bagi tujuan perniagaan rokok seludup di pasaran gelap sekitar Tawau.

Kesemua Rampasan Barang Tanpa Tuan (RBTT) di bawa ke Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk membuat laporan polis pada jam 11.41 pagi untuk siasatan serta tindakan lanjut.

Hasil pemeriksaan mendapati nilai rampasan bagi 225 karton rokok seludup dari pelbagai jenama adalah dianggarkan bernilai RM 26,775.00 manakala tembakau sebanyak 420 bungkus dianggarkan bernilai RM 2,520.00 dan kenderaan tersebut dianggarkan bernilai RM 25,000.00. Nilai keseluruhan rampasan adalah berjumlah RM 54,295.00.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.

Komander ATB 2, Brigadier Jeneral Abdul Karim Ahmad menzahirkan ucapan tahniah kepada anggota-anggota yang bertugas di POWB ATB 2, Tim QRF, Tim OCP Daratan dan IPD Tawau atas gabungan kerjasama serta sokongan pelaksanaan operasi ini.

“Kerjasama erat di antara perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa berada ditahap yang terbaik melalui pemantauan berterusan dan pengkongsian maklumat antara agensi keselamatan lain dengan lebih efektif bagi menjamin keselamatan dan kemakmuran Perairan Pantai Timur Sabah.

“ATB 2 juga melaksanakan aturgerak operasi dengan pelbagai kaedah seperti menggabungkan semua aset serta elemen pengawasan secara terkoordinasi bagi memastikan sempadan Perairan Pantai Timur Sabah sentiasa diawasi ketat sebilang masa oleh pasukan keselamatan, sekaligus membuktikan relevansi serta fungsi dan peranan ATB 2 dalam menjamin keselamatan negara,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Teknologi membran selesai masalah pelbagai sektor

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular