HomeUtamaCOVID-19 : Trend peningkatan kes dijangka akan berterusan

COVID-19 : Trend peningkatan kes dijangka akan berterusan

Read Time:1 Minute, 36 Second

KOTA KINABALU : Trend peningkatan angka jangkitan COVID-19 di Sabah dijangka akan berterusan sebagaimana yang berlaku di seluruh negara.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, terdapat juga kemungkinan trend peningkatan ini merupakan satu lagi gelombang jangkitan COVID-19 yang berpunca daripada varian baharu yang belum diketahui.

“Buat masa ini ia sekadar satu andaian sehingga siasatan dan penyelidikan lanjut dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Walau bagaimanapun, aktiviti sosial tanpa pematuhan prosedur standard operasi (SOP) juga  berpotensi untuk mencetuskan angka yang lebih tinggi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Masidi berkata, angka jangkitan harian terus melonjak tinggi pada hari ini dengan 170 kes baharu dilaporkan dengan peningkatan sebanyak 33 kes berbanding angka semalam.

Katanya, peningkatan kes baharu secara berterusan ini adalah gambaran trend yang sama diperingkat nasional.

“Jumlah daerah yang mencatatkan kes baharu atau merekodkan angka jangkitan yang lebih tinggi juga terus bertambah.

“Sebanyak 18 daerah merekodkan jangkitan baharu dengan 17 daripadanya melibatkan peningkatan angka berbanding hari sebelumnya.

“Daripada 18 daerah tersebut, lima daerah iaitu Kota Kinabalu 63 kes (+3), Penampang 29 kes (-13), Putatan 12 kes (+3), Tawau 12 kes (+6) dan Papar 11 kes (+3) merekodkan kes dua angka.

“Manakala 13 daerah lagi mencatatkan satu kes. Hanya Penampang merekodkan penurunan jumlah jangkitan yang agak besar, iaitu 13 kes,” katanya.

Dalam pada itu, Masidi berkata, sebanyak 10 daerah yang sebelum ini ‘bebas’ daripada sebarang jangkitan baharu mencatatkan kes baharu hari ini.

Katanya, Beaufort mencatatkan pertambahan tertinggi (+9 kes) dan hanya tiga daerah yang kembali merekodkan catatan sifar kes iaitu Pitas, Tongod dan Ranau.

“Jumlah daerah yang tidak mencatatkan sebarang kes baharu sepanjang 24 jam yang lalu berkurangan daripada 16 daerah kelmarin kepada hanya sembilan daerah hari ini.

“Sebanyak 164 daripada 170 kes yang direkodkan hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, terdapat tiga kes dilaporkan dalam Kategori 3, dua kes dalam Kategori 4 dan satu kes dalam Kategori 5,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama SPSB, DPW menjadikan Sabah sebagai hab transhipment

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya