HomeSukanSukan pupuk semangat perpaduan, erat silaturrahim kalangan murid - Ellron

Sukan pupuk semangat perpaduan, erat silaturrahim kalangan murid – Ellron

Read Time:1 Minute, 7 Second

KENINGAU : Aktiviti sukan khususnya di sekolah dilihat mampu menjamin kecerdasan minda dan kesihatan yang melibatkan murid daripada pelbagai suku kaum dan agama.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata, ia juga akan dapat memupuk semangat kesukanan dan perpaduan sekali gus mengeratkan tali silaturahim dikalangan murid-murid.

“Sukan pada hari ini bukan setakat satu aktiviti hobi dan riadah, bahkan ia telah menjadi satu gaya hidup sihat, dan merupakan pelaburan terhadap kesihatan dan ekonomi yang menguntungkan.

“Adalah tidak mustahil jika hari ini murid-murid yang berlari berkaki ayam di atas trek rumput tetapi pada satu hari nanti dengan bimbingan dan tunjuk ajar serta bakat yang ada murid tadi akan berlari di persada trek antarabangsa mengibarkan bendera Negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah (MSS) Zon Apin-Apin Kali ke-49 di sini baru- baru ini.

Ellron berkata, meskipun sekolah-sekolah di Zon Apin-Apin berada dalam kategori luar bandar namun cukup berkemampuan dan berkebolehan untuk melahirkan murid-murid yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik  malah  aktif dalam kegiatan sukan dan kokurikulum di peringkat daerah, negeri dan Kebangsaan.

“Difahamkan sebanyak lapan sekolah daripada Zon Apin-Apin akan menyertai kejohanan ini dengan dua acara dipertandingkan iaitu acara balapan dan padang.

“Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada setiap anak didik, guru dan warga iltizam Zon Apin-Apin.,” katanya.

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah mahu kekalkan kejuaraan Liga Wanita Nasional

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular