HomeIsu tempatanWanita dan Belia USIA ambil pendekatan lebih efiktif perkasakan gerakan dakwah di...

Wanita dan Belia USIA ambil pendekatan lebih efiktif perkasakan gerakan dakwah di Sabah

Read Time:3 Minute, 30 Second

KOTA KINABALU: Dua sayap Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Badan Wanita dan Belia akan mengambil pendekatan yang lebih efiktif dalam memperkasakan gerakan dakwah di negeri ini.

Datuk Siti Aminah Aching yang baru dinobatkan sebagai Ketua Wanita USIA bagi sesi 2022-2024 dalam mesyuarat Agung USIA ke-35 ahad lepas berkata, masyarakat pada hari ini lebih cakna isu ekonomi berbanding isu politik. Ditambah dengan ketidakstabilan ekonomi yang memberi kesan berantai kepada masyarakat, wanita-wanita di luar sana berdepan dengan pelbagai cabaran terutamanya cabaran ekonomi.

” Justeru selain program dakwah menjadi keutamaan, kita juga akan memberikan tumpuan untuk memperkasakan ekonomi golongan wanita ini termasuklah ibu-ibu tunggal yang sememangnya terkesan dengan penularan pandemik COVID-19 lebih dua tahun lepas” katanya kepada pemberita selepas pengumuman keputusan pemilihan USIA Ke-35 di Manara Usia 1 Borneo pada Sabtu.

Sambil menghargai sokongan dari perwakilan yang memilih beliau sebagai Ketua Wanita USIA yang baharu Aminah berkata ,Wanita USIA akan memberi fokus pada isu ekonomi dan memberdayakan kefahaman tentang keadaan ekonomi Negara sebagai wasilah dakwah kepada masyarakat.

“Dengan membantu dalam meningkatkan ekonomi keluarga dan penekanan terhadap amalan jujur dan amanah ia sebahagian daripada dakwah berkesan kita kepada masyarakat,” tambahnya.

Menurut Aminah ini boleh dilakukan dengan mengerakan lebih banyak program program atau kursus kemahiran melalui kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan yang boleh membantu meingkatkan kefahaman dan kemahiran wanita dalam pelbagai bidang keusahawan atau perniagaan.

” Kita bantu mereka (wanita) dengan ilmu kemahiran dan dedahkan mereka dengan peluang yang disediakan oleh kerajaan untuk mereka berusaha dan berdikari menceburi pelbagai bidang perniagaan walau dalam skala kecil yang sudah tentu dapat membantu meningkatkan taraf siso ekonomi mereka” jelas Aminah.

Bagi Ketua Belia USIA Jamawi Jaafar yang mempertahankan jawatan tersebut untuk penggal ketiga pendekatan dakwah untuk golongan belia akan diperkasakan melalui pendekatan baharu yang menepati aspirasi golongan belia.

Katanya, pengalaman semasa dunia dilanda pendemik COVID-19 yang membataskan pergerakan turut menjadi kekangan untuk melaksanakan program dakwah secara bersemuka turut memberikan pengajaran kepada semua termasuk Belia USIA agar alternatif lain perlu dirangka bagi memboleh pogram program dakwah dapat diteruskan dalam medium yang lain.

Menurut beliau generasi muda perlukan bimbingan untuk terus melayari kehidupan berpaksikan kepada kehendak agama. Kaedah biasa seperti bimbingan melalui komunikasi bersemuka ceramah kursus dan sebagainya akan diteruskan bagimanapun gerakan dakwah akan diperkasakan melalui keadah lain seperti dakwah melalui alam maya
Kataya dalam era kemajuan teknologi maklumat golongan muda lebih mudah didekati melaui alam maya seperti halaman sosial, instagram, tik tok Youtube dan lain-lain sebagau medium paling sesuai untuk berkomunikasi dan mendekati generasi muda

” Anjakan paradigma usaha dakwah secara maya membolehkan dakwah itu sampai kepada semua golongan di mana sahaja mereka berada. Ini bersesuaian dengan hobi generasi muda yang lebih gemar kepada dunia maya ketika ini” katanya.

Tambah Jamawi penyertaan golongan berilmu dalam kalangan ustaz, pegawai agama, guru, pensyarah dan mereka yang terbabit secara langsung dalam ilmu agama dialu-alukan untuk menjayakan pendekatan baharu ini

” Usaha itu biarpun nampak mudah, tetapi kesannya amat besar kerana internet sudah menjadi medium utama perkongsian maklumat masa kini. Boleh dikatakan semua golongan muda mendapat capaian internet sama ada menggunakan komputer, telefon pintar atau gajet lain Jika kemudahan ini tidak digunakan sepenuhnya, pengunjung internet akan lebih tertumpu kepada laman tidak berfaedah. ” tambah Jamawi

Dalam perkembangan lain Jamawi yang juga Pengerusi Sabah Urban Development Corporation (SUDC) berkata pada era ini generasi muda Islam perlu mempersiapkan diri agar mempunyai kecekapan modal insan dalam pelbagai bidang. Ini bermaksud tidak sekadar mempunyai kemahiran dalam bidang agama tapi bidang lain terutamanya ekonomi perlu dikuasai oleh golongan muda.

” Ekoran penularan pandemik COVID-19 ramai anak muda kehilangan punca pendapatan, ramai lepasa unversiti masih belum mempunyai pekerjaan dan peluang pekerjaan dalam sektor kerajaan dan swasta agak terhad, justeru Belia USIA juga akan memberikan tumpuan untuk memperkasakan ekonomi mereka” katanya.

Menurut Jamawi keadah membantu golongan muda bukannya memberikan bantuan kewangan tapi memberikan mereka latihan dan bimbingan kemahiran dalam pelbagai bidang antaranya bidang pertanian.

“Belia USIA akan berusaha menjalin kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan yang boleh membantu dari segi latihan kemahiran ,bantuan atau pinjaman kewangan kepada golongan belia, apapun mereka perlu ada kemahiran dan asas untuk berniaga bermula dari skala kecil dan seterusnya yang paling penting ialah maklum balas dan tindakan positif dari golongan ini jika mereka mahu kejayaaan untuk memperkasakan ekonomi mereka” tegas Jamawi.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS terima sumbangan untuk projek kajian dan pembudayaan STEM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular