HomeIsu tempatanPerlumbaan Perahu Naga Antarabangsa Ke-7 pada 3 Julai ini

Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa Ke-7 pada 3 Julai ini

Read Time:45 Second

KOTA KINABALU: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang juga Menteri Kewangan II, Datuk Seri Masidi Manjun menerima kunjungan hormat daripada delegasi Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS) di Bilik Mesyuarat Pejabat Menteri Kewangan, Menara Kinabalu, di sini pada Selasa.(28 Jun)

Dalam pertemuan tersebut, delegasi FCAS diketuai oleh Presidennya, Tan Sri T. C. Goh memaklumkan kepada Masidi berkenaan acara “7th Sabah FCAS International Dragon Boat Race” yang bakal berlangsung pada 3 Julai ini.

Acara yang akan berlangsung di Taman Awam Tanjung Lipat, Likas akan dirasmikan oleh Yang Di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Goh turut memberitahu acara tersebut bakal disertai oleh lebih 130 pasukan termasuk dari Filipina, Brunei, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Sarawak dan seluruh pelosok Negeri Sabah.

Selain itu, pada sebelah petangnya akan berlangsung majlis “Huazhong Education Fund : Fund-raising Gala Dinner”, yang bertujuan untuk mengumpul dana pendidikan sebanyak RM1.5 juta kepada 12 buah sekolah Cina.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Teknologi membran selesai masalah pelbagai sektor

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular