Read Time:26 Second
CYBERJAYA —Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidiladha pada hari Ahad, 10 Julai.
Perkara itu diumumkan Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Mohd Aseral Jusman sebentar tadi.
“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka saya bagi pihak mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijjah 1443 Hijrah ialah pada hari Jumaat, 1 Julai 2022.
“Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijjah) bagi negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Ahad, 10 Julai 2022,” katanya.