HomeUtamaBalik kampung ke Kota Kinabalu penzahiran satu harapan, penghormatan dan kasih sayang...

Balik kampung ke Kota Kinabalu penzahiran satu harapan, penghormatan dan kasih sayang – Penny Wong 

Read Time:1 Minute, 39 Second

BERNAMA

KOTA KINABALU — Menteri Luar Australia Penny Wong menjelaskan perjalanan balik kampung beliau ke Kota Kinabalu sebagai lebih daripada sekadar satu kepulangan.

Beliau berkata lawatan dua hari beliau mulai hari ini merupakan suatu penzahiran harapan, penghormatan dan kasih sayang.

“Penzahiran sebuah harapan bahawa kisah saya dan keluarga saya boleh menyumbang kepada hubungan antara negara kelahiran saya dan negara saya. Kisah ini boleh membawa hubungan peribadi dan insan bagi mengukuhkan hubungan antara kedua-dua negara.

Ia merupakan satu penghormatan kepada tempat dan masyarakat, keluarga saya yang membolehkan saya berdiri di sini malam ini sebagai Menteri Luar Negeri Australia,” kata beliau di sini malam ini.

Beliau berkata demikian dalam ucapan di satu majlis sambutan bersama orang terkemuka di Sabah di sebuah hotel di sini yang dihadiri Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun dan Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia Dr Justin Lee.  

Wong berkata kepulangan beliau merupakan satu penghormatan kepada neneknya Lai Fung Shim kerana keberaniannya memberi inspirasi kepada semua dan bapa beliau Francis Wong yang keazaman dan cita-citanya membolehkan beliau menikmati banyak peluang.

“Ia juga merupakan penzahiran kasih sayang kepada tempat ini dan juga masyarakatnya dengan kenangan zaman kanak-kanak di Pantai Tanjung Aru, Pulau Mamutik, Gunung Kinabalu, Jambatan Tamparuli, Sungai Tambunan, Poh-Poh (nenek), ayam cendawan dan bapa membeli ikan dan udang segar untuk makan tengah hari. 

Semua kenangan ini dan banyak lagi yang berada di dalam hatinya.

Wong berkata kisah beliau merupakan sebuah kisah Malaysia dan juga sebuah kisah Australia, pengalaman penghijrahan yang dikongsi ramai warga Australia yang mereka dilahirkan di luar negara dan mempunyai ibu bapa yang dilahirkan di seberang laut,

“Apabila kamu berjalan di sebuah bandar di Australia anda lihat dan mendengar kisah ini  dan saya katakan kepada anda ini adalah Australia moden inilah Australia hari ini,” katanya.

Wong akan menyambung lawatan balik kampungnya pagi esok dengan lawatan ke bekas sekolah beliau Kinabalu International School dan bersiar-siar di pekan Cina Luyang.

RELATED ARTICLES
Utama

Tun Musa berjaya bangunkan ekonomi Sabah – Arif Sakaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular