HomeUtamaIhtifal KAFA wadah mengasah bakat generasi muda

Ihtifal KAFA wadah mengasah bakat generasi muda

Read Time:2 Minute, 23 Second

KOTA KINABALU: Pelaksanaan program Ihtifal Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) dan seumpamanya berupaya dijadikan sebagai wadah bagi mengasah bakat generasi muda.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, program itu juga dapat memastikan pembangunan modal insan dapat dibentuk dari seawal usia selaras dengan aspirasi kerajaan negeri menerusi Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 

Katanya, ianya juga akan dapat mengetengahkan bakat pendakwag yang hebat selain berkeyakinan dan mahir ilmu berkomunikasi.

“Saya lihat penyertaan program ini amat memuaskan dan ianya boleh menjadi wadah bagi mengasah bakat anak-anak kita.

“Ini kerana penampilan adalah sangat penting dimana sebagai seorang guru, seorang pendakwah, sebagai seorang pemimpin, bakat seumpama itu perlu kita asah dan usaha ini juga dapat mendekatkan kita dengan para pendidik, guru, ibubapa mereka dan anak-anak itu sendiri dengan pengalaman mereka bersama rakan-rakan mereka dalam pertandingan yang diadakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Penutupan Ihtifal Kafa peringkat Negeri Sabah 2022 di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu di sini semalam.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sabah Datuk Norjeli Dais; Pengarah Pembangunan Negeri Sabah, Samsul Dollah; Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Sabah, Suffian Jasimani @Amran; Ketua Eksekutif MUIS, Ramlan Awang Ali serta Pengerusi Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Jamal Tun Sakaran.

Arifin berkata, pihaknya turut berharap agar acara-acara seperti ini akan diperhebatkan lagi di peringkat sekolah kebangsaan, sekolah Kafa, Sekolah agama Negeri dan Universiti bagi melahirkan melahirkan generasi yang berilmu , berbakat dan mengasah kemahiran kepimpinan mereka agar menjadi pemimpin dan pendakwah yang hebat di masa akan datang. 

Beliau turut mencadangkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) agar kelas-kelas KAFA dilaksanakan di sekolah kebangsaan bagi menyelesaikan masalah kelas daif, selain melantik Guru Pendidikan Islam dari KPM untuk mengisi kekosongan guru KAFA di pedalaman Sabah.

Sementara itu , Pengarah JAKIM  cawangan Sabah, Datuk Norjeli Dais memaklumkan prestasi peserta yang bertanding pada tahun ini amat memberangsangkan dan bersemangat memandangkan program ini sudah dua tahun tidak dilakukan secara bersemuka dan digantikan secara dalam talian. 

Katanya, untuk tahun ini sebanyak empat  kategori dipertandingan seperti Pertandingan Hafazan, Tilawah -Al Quran, Bercerita Kisah Al-Quran dan Khat.

Walaubagaimanapun beliau merancang untuk melaksanakan kesemua pertandingan pada tahun hadapan termasuk pertandingan Nasyid dan menambah satu lagi kategori baharu iaitu kategori Marhaban seperti yang di cadangkan oleh Menteri Tugas-Tugas Khas dalam ucapan perasmiannya. 

“Kalau kita lihat dengan pencapaian, alhamdullillah, kalau berbanding dengan tahun-tahun yang lepas nampak tahun ini agak banyak perubahannya , mungkin kerana peserta ini terlalu bersemangat sudah dua tahun kita tidak laksanakan secara fizikal ini , tapi alhamdullah, dari segi prestasi alhamdullilah amat tinggi,” katanya.

Pada majlis tersebut, KAFA Bahagian Pantai Barat Selatan dinobat sebagai Johan keseluruhan dengan tiga peserta mendapat johan dan seorang tempat ketiga bagi empat pertandingan iaitu Tulisan Khat, Bercerita Kisah Al-Quran, Tilawah dan Hafazan Al-Quran.

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular