Sabah FC tidak ambil mudah bertemu NSFC, mahu perbaiki kedudukan liga

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 8 Second

NEGERI SEMBILAN: Sabah FC tidak mahu mengambil mudah dan perlu mencatat kemenangan sebagai timbal balas menentang Negeri Sembilan FC (NSFC) di Stadium Tuanku Abdul Rahman Stadium di sini malam ini.

Ketua Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee berkata, beliau mahu anak buahnya kekal konsisten dengan apa yang telah lakukan pada perlawanan sebelum ini.

Katanya tewas 0 – 1 kepada NSFC pada 4 Mac lalu hasil jaringan Khair Jones di separuh masa kedua perlu dijadikan iktibar bagi mencapai keputusan cemerlang malam ini.

“Tiada perlawanan mudah dalam Liga Super apatah lagi kita bermain menentang Negeri Sembilan FC yang setakat ini tidak dibolosi dalam lima perlawanan.

“Ini bukan satu perlawanan yang mudah bagi mana-mana pasukan. Saya percaya kita harus kekal fokus serta berada dalam tahap terbaik untuk memastikan kita tidak kehilangan mata.

“Pasukan Negeri Sembilan kini berada di kedudukan kedua Liga Super pasti akan memberi satu saingan yang cukup sengit pada perlawanan malam ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas mengenai tahap kecergasan Jose Embalo yang masih belum berada pada tahap prestasi terbaik,  Kim Swee berkata ini terpulang kepada situasi perlawanan malam nanti.

“Jika saya fikir Embalo perlu diturunkan pada bila-bila masa kemungkinan besar akan saya lakukan…tetapi ini terpulang kepada kecergasannya sebelum perlawanan bermula pada malam ini.

“Sasaran seperti kebiasaan apabila kita bermain dengan mana-mana pasukan, sudah tentu kemenangan harus dicapai,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *