HomeSukanSabah sedia RM30,000 bantu persiapan kontinjen MSSM tahun depan

Sabah sedia RM30,000 bantu persiapan kontinjen MSSM tahun depan

Read Time:1 Minute, 11 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif (KBSK) akan menyediakan peruntukan sebanyak RM30,000 tahun hadapan bagi membantu persiapan kontinjen Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) Sabah menghadapi kejohanan di peringkat kebangsaan.

Menterinya, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, peruntukan itu merupakan komitmen kerajaan negeri menerusi Kementeriannya dalam memudahkan urusan serta memperkukuh persiapan kontinjen berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya turut mempertimbangkan pemberian insentif tambahan sekiranya kontinjen MSSM Sabah sekali lagi berjaya muncul juara dalam kejohanan berkenaan.

“Sebagai komitmen saya selaku menteri yang bertanggungjawab, tahun hadapan kita akan sediakan RM30,000 kepada persiapan kontinjen MSSM Sabah untuk mempermudahkan lagi gerak kerja dan persiapan mereka.

“Insya-Allah, kalau mereka mencipta kejayaan lagi sebagai juara, kita akan fikirkan untuk memberi lebih lagi insentif sebagai penghargaan terhadap kesungguhan mereka mengharumkan Sabah di peringkat kebangsaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Pamer Keunggulan peringkat negeri Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Khamis.

Nizam berkata, usaha mengenal pasti bakat atlet perlu bermula sejak peringkat sekolah rendah bagi memberi peluang kepada murid mengembangkan potensi masing-masing dalam bidang sukan.

Katanya, kerjasama antara kementeriannya dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah penting bagi memastikan bakat yang dikenal pasti dapat terus dibimbing dan digilap sehingga mampu melahirkan atlet berprestasi tinggi.

Beliau berharap usaha berkenaan dapat menyumbang kepada pencapaian sukan Sabah, bukan sahaja dalam temasya SUKMA, malah kejohanan peringkat kebangsaan dan antarabangsa. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

BIMP-EAGA bukan sekadar platform kerjasama ekonomi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular