HomeSukanTuaran berpotensi jadi lokasi penganjuran sukan karom peringkat negeri

Tuaran berpotensi jadi lokasi penganjuran sukan karom peringkat negeri

Read Time:1 Minute, 1 Second

TUARAN: Kejayaan menghimpunkan 188 peserta dari seluruh Sabah menerusi Pertandingan Karom Terbuka Sabah Perseorangan Tuaran D’CC Vol. 1.0 2026 membuktikan daerah ini berpotensi menjadi antara lokasi penganjuran aktiviti sukan komuniti di negeri ini.

Pengerusi Penganjur, Muhamad Zaineh Jali berkata, sambutan menggalakkan terhadap pertandingan itu memperlihatkan sokongan masyarakat terhadap sukan karom yang masih mempunyai peminat dalam kalangan pelbagai lapisan umur.

Beliau berkata, penganjuran sulung dalam kategori perseorangan di Tuaran itu turut memberi peluang kepada pemain dari pelbagai daerah untuk berhimpun dan menguji kemampuan masing-masing.

Menurutnya, pertandingan seumpama itu juga penting bagi memastikan sukan karom terus berkembang sebagai aktiviti rekreasi dan sukan komuniti, selain menjadi platform mencungkil bakat baharu.

Muhamad Zaineh yang juga Timbalan Pengerusi Common Tower Technologies merangkap Pengerusi Kelab Rekreasi dan Sosial Sulaman Tuaran (KRISS) berkata, usaha memperkembangkan sukan berkenaan memerlukan sokongan serta kerjasama pelbagai pihak.

Pertandingan yang berlangsung di Dewan Bajau Samah itu menyaksikan Ilham daripada Team Brocart muncul juara, manakala Yuzwan daripada Team LNCC menduduki tempat kedua.

Tempat ketiga pula dikongsi Serapil daripada Team Lebak Moyoh dan Ros Afrizal daripada Team DCT.

Penganjuran Tuaran D’CC Vol. 1.0 2026 diharap dapat menjadi asas kepada lebih banyak aktiviti sukan karom di daerah itu pada masa akan datang.

RELATED ARTICLES
Sukan

Liga Super : Sabah FC mahu teruskan momentum positif di Kelantan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular