Pengusulan Perjanjian Malaysia Baharu Hanya Cadangan – Mohamad hasan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 8 Second

CYBERJAYA — Selepas ramai berang dengan ucapan Mohamad hasan agar Sabah menandatangani Perjanjian Malaysia baharu bagi merealisasikan hak dan tuntutan negeri ini, dan bukannya yang ditandatangani pada 1963 membabitkan Britain, Malaya, Sabah, akhirnya hari ini beliau tampil menjelaskan isu berkenaan.

Mohamad hasan yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, pengusulan Perjanjian Malaysia Baharu sekadar satu cadangan sahaja,

“Saya cuma cadang dan beri pandangan. Segala keputusan terpulanglah kepada pihak-pihak yang terlibat untuk menerokai jalan penyelesaian yang terbaik untuk semua katanya selepas menerima kritikan seorang menteri Sarawak yang menyifatkannya sebagai “gila”

“Saya percaya bahawa keputusan itu pasti berdasarkan ‘win-win solution’,” katanya lapor portal FMT.

Pada 2 Julai, Mohamad mencadangkan supaya kepimpinan BN Sabah mengusulkan Perjanjian Malaysia Baharu sebagai jalan ke hadapan yang lebih konkrit ke arah merealisasikan hak dan tuntutan negeri itu dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Beliau berkata perjanjian baharu itu perlu ditunjangi semangat, konteks dan aspirasi baharu dalam memugar seterusnya mengembalikan hak serta kepentingan Sabah namun pada masa sama, menguatkan Persekutuan Malaysia.

Bagaimanapun, cadangan itu dibidas oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Abdul Karim Rahman Hamzah dengan mengatakan bahawa pemimpin politik tidak sepatutnya mengubah perjanjian tersebut, hanya untuk kepentingan politik sahaja.

Karim turut menegaskan bahawa perjanjian MA63 adalah dokumen asas yang membawa kepada pembentukan sebuah negara.

Tambahnya, ia tidak boleh ditentukan atau ditukar secara unilateral, hanya kerana BN berkuasa di Sabah sekarang.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *