HomeIsu tempatanE-mel bantu KPDNHEP Sandakan pantau ketat edaran minyak masak bersubsidi 

E-mel bantu KPDNHEP Sandakan pantau ketat edaran minyak masak bersubsidi 

Read Time:1 Minute, 0 Second

BERNAMA

SANDAKAN, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) cawangan Sandakan memantau ketat proses pengedaran bekalan minyak masak bersubsidi paket satu kilogram (kg) bagi memastikan tiada penyelewengan dan sampai kepada golongan sasaran.

Ketua Pegawainya, Azdy Zukkry, berkata melalui inisiatif program Prihatin Keluarga Sandakan dilaksanakan sejak April lalu, pihaknya meminta supaya pemborong menghantar permohonan bagi mendapatkan bekalan menggunakan e-mel.

Katanya, selepas memberi kelulusan, pihaknya akan meminta pemborong membuat penghantaran di tempat sasaran dengan pegawainya turun ke tempat tersebut  untuk memantau pengagihannya termasuk memastikan ia dijual pada harga ditetapkan iaitu RM2.50 sepaket satu kg.

“Permohonan melalui e-mel membolehkan kami memeriksa bekalan diterima pemborong atau peruncit daripada peringkat kilang pembungkusan. Kaedah ini juga memudahkan kami menghantar bekalan cepat kepada kawasan yang memerlukan,” katanya kepada pemberita sempena program tersebut, di sini, hari ini.

Sejak pelancaran program tersebut, Azdy Zukkry berkata sebanyak 234.6 tan metrik minyak masak paket bersubsidi telah berjaya diedarkan di kawasan luar bandar di daerah Sandakan, Kinabatangan, Beluran dan Telupid.

Menurutnya,  selain memastikan pengguna di kawasan luar bandar menikmati manfaat subsidi kerajaan, program itu juga dilaksanakan bagi memastikan kawasan luar bandar tidak terputus bekalan barang keperluan seperti gula, tepung dan minyak masak.

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Implikasi dan Cabaran Malaysia Sebagai Pasaran Pusat Data Ketiga Terbesar Asia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular