HomeUtamaPenerbangan terus ke Sabah bantu tingkat ekonomi

Penerbangan terus ke Sabah bantu tingkat ekonomi

Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU : Sabah menyambut baik hasrat syarikat penerbangan AirAsia Filipina untuk mewujudkan lebih banyak penerbangan terus ke negeri ini.

Ini termasuklah mewujudkan hab antara Zamboanga ke Sandakan serta laluan antara Kota Kinabalu ke Puerto Princesa  dan Davao.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Arifin berkata, cadangan dan hasrat itu dilihat akan dapat membantu membangunkan ekonomi bagi kedua-dua buah negara.

Katanya, hasrat itu juga adalah seiring dengan Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) bagi memastikan Lapangan Terbang Sandakan di naiktaraf kepada Lapangan Terbang Antarabangsa.

“Bagi daerah Tawau pula yang menjadi pintu masuk ke Semporna juga mungkin berpotensi untuk dijadikan sebagai hab operasi.  Justeru itu, sama ada Sandakan atau Tawau, kita alu-alukan hasrat berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media berhubung kerjasama AirAsia Filipina dan Lembaga Pelancongan Sabah (STB) di sini semalam.

Hadir sama Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayan dan Alam Sekitar Datuk Joniston Bangkuai dan Ketua Pegawai Eksekutif STB Noredah Othman.

Berhubung perkongsian strategik antara STB dan Air Asia, Jafry berkata Lembaga Pengarah kini sedang memuktamadkan kempen teknikal kerjasama untuk menggalakkan warga Filipina melawat Kota Kinabalu.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia Filifina , Ricky Isla memaklumkan AirAsia kini terbang dua kali seminggu dari Manila ke Sabah dan dalam perancangan untuk menambah kekerapan penerbangan.

Dalam pada itu, Noredah berkata , Manila berpotensi menjadi hab lain untuk menarik pelancong antarabangsa dan menarik ekspatriat yang tinggal di Filipina.

Katanya, bagi tahun 2019 , Sabah telah menerima 4.2 juta pelawat dan sedang menerima peningkatan yang memberangsangjan sejak pembukaan semula sempadan selepas dua tahun ditutup akibat pandemik COVID-19

Pelancong China merupakan pelancong yang paling ramai datang ke Sabah pada 2019 diikiuti dengan Korea Selatan dan Eropah.

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular