Tun Juhar terima Darjah Utama Pangkuan Negeri Pulau Pinang

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:59 Second

KOTA KINABALU :   Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin menerima darjah tertinggi Pulau Pinang, Darjah Utama Pangkuan Negeri (DUPN). 

Darjah yang dizahirkan pada tahun 1967 itu, membawa gelaran ‘Datuk Seri Utama’ dan isteri digelar ‘Datin Seri’ yang mengandungi kalung, bintang, selepang dan lencana darjah.

Istiadat penganugerahan darjah tersebut disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak di Seri Mutiara, Pulau Pinang.

Terdahulu, Tun Juhar dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni mengadakan kunjungan hormat terhadap beliau dan isteri, Toh Puan Khadijah Mohd Nor.

Hadir sama, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow serta isteri, Tan Lean Kee, Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang serta isteri, Datin Teoh Hooi Tuang dan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Dr Ahmad Jailani Mohamed Yunus serta isteri, Datin Noorsham Muhamad Din.

Mengiringi Tun Juhar ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim dan isteri, Datin Malianah Ugau serta Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Sr. Safar Untong dan isteri, Datin Seri Nuinda Alias selama empat hari tiga malam sempena lawatan rasminya ke negeri terbabit mulai 2 hingga 5 Julai lalu.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *