Hajiji sokong program KSS mempromosi bahasa Kadazan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:21 Second

KOTA KINABALU: Pertubuhan Kadazan Sabah (KSS) telah merangka rancangan untuk mempromosikan bahasa Kadazan melalui Yayasan Bahasa Kadazan (KLF).

Presiden KSS, Datuk Marcel Leiking bersama rombongan KSS telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu, dekat sini pada Selasa.

Dalam pertemuan itu, Marcel memberi taklimat kepada Hajiji mengenai program KSS bagi mempromosikan bahasa Kadazan itu.

Selepas taklimat, Hajiji menyatakan sokongannya terhadap program KSS.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *