HomeUtamaESSCom rekod rampasan RM18.3 juta melalui operasi darat,laut

ESSCom rekod rampasan RM18.3 juta melalui operasi darat,laut

Read Time:58 Second

BERNAMA

LAHAD DATU: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) merekodkan rampasan bernilai RM18.3 juta dalam tempoh enam bulan tahun ini, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Jonathan Yasin.

Katanya rampasan pelbagai jenis barangan itu adalah hasil operasi darat dan laut yang dikoordinasikan oleh ESSCom bermula pada Januari hingga 20 Jun lepas dengan pelaksanaan 730,898 pemeriksaan ke atas individu, kenderaan dan bot.

“Kejayaan ini turut disumbangkan melalui koordinasi operasi udara ESSCOM membabitkan 377 rondaan penerbangan pesawat milik agensi-agensi keselamatan.

“Saya yakin melalui inisiatif kawalan keselamatan yang diterajui ESSCom, keamanan dan keselamatan di kawasan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZone) akan kekal terjamin,” katanya pada pemberita dalam sidang media selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ESSCom 2021 di sini semalam.

Jonathan seterusnya menzahirkan rasa terima kasih kepada ESSCom yang menunjukkan prestasi cemerlang kerana sejak Februari 2020 sehingga kini tiada ancaman keselamatan berlaku.

“Diharapkan rekod ini dapat diteruskan seiring dengan pembukaan semula sektor pelancongan di ESSZone, dan saya berharap ESSCom sentiasa bersiapsiaga mengekang sebarang ancaman melalui operasi dilaksanakan dari semasa ke semasa serta perkongsian maklumat dengan Filipina,” katanya.

Pada majlis berkenaan, seramai 21 anggota keselamatan diberi penghargaan atas perkhidmatan cemerlang masing-masing.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan sedia ruang untuk mahasiswa, pelajar suarakan pandangan dan aspirasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular