HomeIsu tempatanMurid jatuh jambatan usang akui masih trauma

Murid jatuh jambatan usang akui masih trauma

Read Time:57 Second

BELURAN : Seorang murid perempuan yang terjatuh ketika melalui jambatan usang di Kampung Maidan, dekat Paitan, Beluran, ketika ingin menuju ke sekolah mengakui masih trauma dengan kejadian itu.

Menurut laporan Harian Metro, Nurul Izah Farzana Asmadi, 9, berkata, kejadian berlaku Selasa lalu ketika dia dalam perjalanan ke Sekolah Kebangsaan Maidan ditemani ibunya, Zazizah Kasim, 30.

“Saya terkejut dan menangis selepas terjatuh. Mujur ada ibu menarik tangan saya untuk naik semula ke jambatan (bahagian yang tidak roboh), ” katanya ketika ditemui di Kampung Maidan, dekat Paitan, Beluran, kelmarin.

KEADAAN jambatan Kampung Maidan selepas dibaiki Foto -HM

Sementara itu, bapanya, Asmadi Palapau, 38, berkata, jambatan sepanjang kira-kira 230 meter itu adalah penghubung penduduk yang menetap di bahagian laut untuk ke darat.

“Ada laluan darat yang lain, tetapi ia agak jauh dan jika berjalan kaki boleh mengambil masa sehingga sejam.

“Saya berharap jambatan itu dapat dinaik taraf ataupun laluan itu dibina jalan raya untuk kemudahan penduduk kampung,” katanya.

Dalam pada itu, tinjauan ke lokasi itu mendapati jambatan yang roboh itu sudah dibaiki dan boleh digunakan semula.

Terdahulu, tular di media sosial gambar Nurul Izah Farzana jatuh dari jambatan itu sejak Selasa lalu. – HM

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Beliawanis Gagasan Rakyat digesa lebih aktif laksana program berbentuk ilmiah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular