HomeIsu tempatanKoperasi penyumbang ketiga kepada pertumbuhan ekonomi negara

Koperasi penyumbang ketiga kepada pertumbuhan ekonomi negara

Read Time:1 Minute, 19 Second

KOTA KINABALU: Sektor koperasi menjadi penyumbang ketiga kepada pertumbuhan ekonomi negara selepas sektor awam dan swasta. 

Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Sabah, Matias Kundapin berkata, sektor koperasi telah membantu Kerajaan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

Katanya, ianya adalah melalui bidang keusahawanan dan mengurangkan kos hidup rakyat menerusi program seperti Jualan Harga Patut dan CoopMart.

“Gerakan koperasi memberi sumbangan dalam pembangunan sosioekonomi kerana mempunyai peranan signifikan dalam pelbagai dasar utama kerajaan seperti Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12), Dasar Agromakanan Negara 2.0 dan Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) .

“Sasaran yang digariskan di dalam RMK12 misalnya memfokuskan penjanaan semula ekonomi yang boleh memberi kesan penting kepada usaha mentransformasi PMKS dan gerakan koperasi di Malaysia. 

“Usaha tersebut dapat membantu Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mencapai matlamat yang ditetapkan dalam Dasar Keusahawanan Nasional (DKN 2030) dan juga Pelan Transformasi Koperasi Malaysia (TRANSKOM) 2021- 2025,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Program Bicara Ikon: Sesi Interaktif bersama Tokoh Koperasi Peringkat Negeri Sabah Tahun 2022 di sini, semalam. 

Matias turut berharap gerakan koperasi dapat bergerak secara lebih bersepadu agar pencapaian dalam tempoh 100 tahun ini tidak terjejas malahan terus mengecapi lebih banyak kejayaan di masa hadapan termasuk di peringkat antarabangsa. 

“Melalui kerjasama padu pelbagai agensi di bawah kementerian, kita dapat mengubah persepsi masyarakat terhadap koperasi dan seterusnya menjadikan koperasi satu wadah pilihan rakyat,” katanya.

Pada majlis tersebut, Matias turut menyampaikan hadiah kepada pemenang mencipta puisi dan surat penghargaan kepada agensi-agensi, koperasi-koperasi dan syarikat – syarikat dalam menjayakan program Hari Koperasi Negara 2022 yang dilaksanakan baru-baru ini. 

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

100 warga emas diraikan sempena Hari Natal

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular