HomeUtamaMajlis jamuan teh pengamal media mampu mendalami inisiatif SMJ

Majlis jamuan teh pengamal media mampu mendalami inisiatif SMJ

Read Time:54 Second

KOTA KINABALU:   Majlis Jamuan Teh Bersama National Press Club (NPC) dan Northern Sarawak Journalists Association bersama Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) membuka ruang media mendalami inisiatif hala tuju SMJ.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan Dan Alam Sekitar, Datuk Joniston Bangkuai berkata, program tersebut akan memberi ruang kepada Sekretariat SMJ menerangkan secara terperinci rancangan atau fokus hala tuju SMJ.

“Program sebegini akan memberi penerangan secara terperinci kepada rakan-rakan media yang berada di luar Sabah untuk mengetahui inisiatif hala tuju SMJ.

“Pelan hala tuju SMJ di mulakan pada dua tahun lalu setelah tertubuhnya kerajaan negeri yang baru pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap kepada pengamal media NPC dan Sarawak Journalists di Dewan Bankuasi, Menara Kinabalu di sini semalam.

Dalam majlis tersebut, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri (JPAN) Sabah merangkap Ketua Penyelaras Sekretariat SMJ, Ramli Kariah turut menerangkan secara terperinci inisiatif hala tuju SMJ. 

Turut hadir Presiden NPC, Datuk Ahiruddin Attan, Pengarah Bahagian Petunjuk Prestasi Utama JPAN Sabah, Moira David dan TimbaJamulan Presiden Northern Sarawak Journalists Association, Rosemary Kembang Anak Buma.

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular