HomeIsu tempatanKolaborasi strategik tingkat pembangunan akademik,kokurikulum

Kolaborasi strategik tingkat pembangunan akademik,kokurikulum

Read Time:59 Second

KOTA KINABALU: Politeknik Kota Kinabalu (PKK) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sabah memeterai Sijil Kolaborasi (CoC) bagi membolehkan kedua-dua pihak bekerjasama dalam menjayakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan pembangunan akademik dan kokurikulum.

CoC ini telah ditandatangani Pengarah Politeknik Kota Kinabalu, Dullah Muluk manakala UiTM Cawangan Sabah diwakili Rektor, Datuk Prof. Madya Dr.  Abdul Kadir Rosline.

Abdul Kadir ketika ditemui berkata, CoC ini adalah untuk memperkasakan hubungan antara dua institusi ini agar dapat mencapai kejayaan yang lebih bermakna bersama-sama.

Katanya, antara aspek yang telah dipersetujui adalah untuk meneroka keluar sempadan dalam bentuk pengantarabangsaan melalui perkongsian maklumat rangkaian dan jaringan industri.

“UiTM sangat menggalakkan aktiviti seperti ini bagi mencapai matlamat universiti untuk menjadi Globally Renowned University (GRU) pada tahun 2025,” katanya.

Dalam pada itu, Dullah berkata, kerjasama bersama UiTM ini akan dimulakan dengan menjadi rakan kolaborasi Politeknik Kota Kinabalu dalam program antarabangsa yang akan berlangsung pada Oktober tahun ini.

Dalam majlis ini, sekali gus menyaksikan UiTM Cawangan Sabah secara rasmi menjadi rakan kolaborasi bagi International Borneo Innovation Exhibition and Competition 2022 (IBIEC2022) yang bakal berlangsung pada 19 sehingga 20 Oktober 2022 secara dalam talian.

Pemain industri, pensyarah, guru, pelajar IPT adalah dijemput untuk menyertai IBIEC2022.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular