HomeUtamaPeruntukan RM3 juta diluluskan baiki cerun runtuh di Balai Polis Tongod

Peruntukan RM3 juta diluluskan baiki cerun runtuh di Balai Polis Tongod

Read Time:1 Minute, 11 Second

TONGOD : Sebanyak RM3 juta peruntukan diluluskan bagi membaiki cerun yang runtuh di Balai Polis Tongod di sini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, permohonan yang dikemukakan melalui pihaknya itu telah diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan komited untuk mempercepatkan penyaluran peruntukan berkenaan. 

“Semalam kita dimaklumkan oleh EPU bahawa kelulusan telah diperolehi sebanyak RM3 juta untuk membaiki cerun runtuh.

“Ini akan kita percepatkan supaya rumah-rumah yang dikosongkan dapat diisi semula,” katanya kepada media selepas merasmikan Program  Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) di sini, semalam.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah menyambut baik komitmen yang diumum Hamzah dan berharap masalah terbabit dapat diselesaikan segera.

“Harapan kita sebagai masyarakat supaya peruntukan itu dapat diturunkan dengan cepat kerana kita risau cuaca sekarang kerap hujan akan menyebabkan hakisan yang lebih teruk dan ini boleh mengancam keselamatan warga Balai Polis Tongod.

“Kita juga telah memberi pandangan kepada beliau (Hamzah) agar peruntukan disalurkan terus kepada JKR Sabah supaya mudah untuk kita memantau dan membuat susulan,” katanya. 

Turut lega, Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintenden Dzulbaharin Ismail merakam ucapan terima kasih dan berharap  kerja-kerja pembaikan cerun dapat dijalankan segera.

Setakat ini, katanya, lapan keluarga yang terlibat telah berpindah masuk semula ke rumah masing-masing selepas mendapat nasihat daripada JKR yang mengesahkan lokasi tersebut masih selamat.

Kejadian cerun runtuh pada 13 Februari lalu telah menjejaskan lapan keluarga dan operasi di balai berkenaan.

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular