KUALA LUMPUR : Seorang individidu yang popular melalui laman tik tok disaman kerana didapati tidak mempunyai lesen memandu ketika ditahan dalam pemeriksaan di Jalan Raja Laut, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira 11 malam itu, lelaki berusia 20-an berkenaan ditahan ketika sedang memandu kenderaan jenis Audi.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim ketika mengesahkan polis mengeluarkan notis saman terhadap individu berkenaan lapor harian Metro
“Hasil pemeriksaan dilakukan, kami mendapati lelaki terbabit tiada lesen memandu dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi.
“Justeru, polis mengambil tindakan dengan mengeluarkan satu saman atas dua kesalahan berkenaan,” katanya.