HomeUtamaKonsep Rumah Mesra SMJ dilancar 29 September ini - Hajiji

Konsep Rumah Mesra SMJ dilancar 29 September ini – Hajiji

Read Time:56 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah akan melancarkan konsep Rumah Mesra SMJ pada 29 September ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

Ketua Menteri berkata Rumah Mesra SMJ merupakan inisiatif baharu di bawah teras modal insan dan kesejahteraan rakyat dalam Hala Tuju Sabah Maju jaya (SMJ).

Perancangan Kerajaan Negeri adalah untuk membina sebanyak 1,500 unit Rumah Mesra SMJ dengan anggaran kos tahunan sebanyak RM125.6 juta meliputi ke semua 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pelancaran Model Rumah Mesra SMJ itu adalah bersempena dua (2) tahun pemerintahan Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah-Barisan Nasional (GRS-BN) katanya melalaui satu kenyataan hari ini.

Menurut Hajiji lagi kerja reka cipta dan konsep rumah itu kini sedang di peringkat akhir penilaian oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah.

“Pembinaan Rumah Mesra SMJ yang berkonsepkan Projek Perumahan Rumah Termiskin (PPRT) ini adalah untuk mereka yang tidak memiliki rumah di kalangan rakyat dalam kategori miskin.

“Kebajikan rakyat adalah keutamaan Kerajaan GRS-BN. Atas sebab itu, saya sering tegaskan bahawa setiap perancangan dan pelaksanaan dasar dan program kerajaan perlu berorientasikan kesejahteraan rakyat, dan golongan miskin tidak akan sesekali dipinggirkan,” katanya.

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular