Dakwaan Surat Tommy Thomas telah menyebabkan krisis kedaulatan, MCA Sabah lapor polis

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 23 Second

KOTA KINABALU: Persatuan Cina Malaysia (MCA) Sabah telah membuat satu laporan polis meminta siasatan dilakukan terhadap Tan Sri Tommy Thomas, setelah suratnya kepada waris Kesultanan Sulu dikatakan telah mengakibatkan negara terjerumus ke dalam krisis kedaulatan wilayah dan bagi memastikan sama ada terdapat sebarang salah laku di pihak bekas Peguam Negara itu.

Ketua Pemuda MCA Sabah Lim Kian On berkata, beberapa kenyataan akhbar dan media sosial telah mendakwa bahawa Tommy Thomas semasa beliau sebagai Peguam Negara ketika pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dikatakan telah menulis surat kepada peguam waris Kesultanan Sulu mengakui ‘kesilapan’ Malaysia, menyebabkan kita kalah dalam Mahkamah Timbang Tara Perancis dan diambil tindakan serta dituntut membayar pampasan sebanyak RM63 bilion kepada waris Kesultanan Sulu.

“Terdapat banyak dakwaan yang mangatakan bahawa penghakiman Mahkamah Timbang Tara Perancis itu telah menyebabkan penghakiman melibatkan pampasan berpuluh bilion ringgit terhadap Malaysia dan juga menggugat kedaulatan wilayah iaitu kedudukan Sabah dalam Malaysia.

“Setakat ini, Tommy masih belum membuat sebarang kenyataan berkenaan penghakiman Mahkamah Timbangtara Perancis,” kata Lim dalam satu kenyataan media hari ini.

Laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu semalam. (19 Julai)

Katanya, bekas Menteri Kewangan PH, Lim Guan Eng juga mengesahkan, kerajaannya tidak pernah membincangkan tuntutan waris Kesultanan Sulu, apatah lagi surat yang dituliskan oleh Tommy pada 2019 itu.

“Sabah MCA juga menyeru pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat sama ada Kabinet Kerajaan Pakatan Harapan masa itu terlibat atau telah membincang berkenaan surat Tommy Thomas.

“Tommy sebagai Peguam Negara ketika itu perlu menjelaskan kepada seluruh rakyat mengenai surat tersebut secara terperinci dan telus.

“MCA Sabah menyeru agar pihak PDRM mengambil tindakan sewajarnya terhadap Tommy jika siasatan pihak PDRM mendapati unsur salahlaku oleh Tommy Thomas,” tegasnya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *