Anifah ajak semua rakyat Sabah bersatu dalam isu Sulu

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 52 Second

KOTA KINABALU: Bekas Menteri Luar Negeri Datuk Seri Anifah Aman menyeru semua rakyat Sabah untuk bersatu dalam mendesak kerajaan untuk menegaskan semula kedaulatannya berikutan rampasan anak syarikat Petronas di Azerbaijan yang dibuat oleh pewaris Kesultanan Sulu.

“Ini adalah soal kedaulatan negara dan ia juga soal keselamatan terutamanya kepada rakyat Sabah kerana tunjang tuntutan itu adalah Sabah.

Katanya walaupun dia maklum  bahawa Kabinet telah menubuhkan pasukan petugas untuk menyiasat perkara itu dan Petronas telah mengeluarkan kenyataan menjelaskan bahawa asetnya telah dilupuskan dan dihantar pulang, rakyat berhak mengetahui keseluruhan cerita itu.

“Rampasan dibuat berdasarkan dakwaan Sabah yang kita tidak iktiraf. Hakikat bahawa aset itu boleh dirampas adalah sama dengan campur tangan asing yang tidak menghormati tidak mengiktiraf tuntutan Sabah.

“Apa lagi yang boleh dirampas oleh waris ini dengan bantuan negara asing? Bolehkah mereka merampas tanah di Sabah juga? Apabila itu berlaku, apa yang akan berlaku kepada rakyat Sabah? Adakah rakyat Sabah akan menjadi pengemis di tanah mereka sendiri? soalnya di dalam satu kenyataan malam tadi. 

“Ini adalah sesuatu yang kerajaan mesti jelaskan kepada kita semua,” katanya sekali lagi. Tambah Anifah yang juga Presiden Parti Cinta Sabah PCS) itu lagi. 

Dalam pada itu, menyentuh mengenai usul yang cuba dibawa oleh Ahli Parlimen Kota Belud Isnaraissah Munirah Majilis, Anifah berkata bahawa usul berkenaan perlu dibenarkan dibahaskan di Parlimen.

“Memang adalah tidak bijak untuk mendedahkan strategi Malaysia tentang cara menangani isu itu,” 

“Bagaimanapun, berapa lama kita harus berdiam diri mengenai perkara itu? 

Rakyat Malaysia dan khususnya Sabah ingin tahu sama ada kedaulatan kita telah dicabul atau tidak dan sama ada kerajaan melakukan segala yang termampu atau tidak untuk mempertahankan kedaulatannya.

“Kami tidak meminta kerajaan mendedahkan perkara sulit semasa perbahasan. Saya pasti setiap Ahli Parlimen tahu bahawa beberapa perkara adalah sulit dan hanya didedahkan kepada ahli Kabinet yang paling kanan,” katanya lagi.

Semalam Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun berkata, beliau membuat ketetapan untuk menolak usul yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Kota Belud  sebagai tanggungjawab beliau untuk bersama-sama mempertahankan kedaulatan negara.

Tegasnya lagi, atas sebab itu beliau telah menolak usul Ahli Parlimen Kota Belud Isnaraissah Munirah Majlisi sebanyak tiga kali atas alasan sub judice – yang dikhuatiri akan mendedahkan langkah yang sedang diambil kerajaan tentang prosiding litigasi yang sedang berjalan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *