HomeIsu tempatanKPDNHEP serbu dua premis jual serbuk penaik tiruan di Tawau

KPDNHEP serbu dua premis jual serbuk penaik tiruan di Tawau

Read Time:1 Minute, 28 Second

KOTA KINABALU: Dua buah premis di sekitar daerah Tawau diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) selepas disyaki menjual barangan tiruan berupa serbuk penaik berjenama dalam satu serbuan di sini hari ini.

Hasil serbuan, sejumlah 38,188 unit pelbagai kuantiti serbuk penaik jenama ‘Royal Baking Powder’ tiruan dianggarkan bernilai RM139,218 telah dirampas.

Pengarah Pejabat KPDNHEP Sabah Georgie Abas berkata, serbuan dijalankan pihaknya bersama lima orang wakil kepada pemilik cap dagang berdaftar untuk jenama berkenaan.

Katanya, tindakan kes diambil di bawah Akta Cap Dagang 2019.

“Serbuan tersebut dijalankan oleh dua pasukan pegawai penguat kuasa KPDNHEP Sabah yang terdiri daripada tujuh orang anggota bersama-sama dengan lima orang wakil kepada pemilik cap dagang berdaftar untuk jenama ‘Royal Baking Powder’ di dua buah premis perniagaan berbeza lokasi di sekitar Tawau.

“Kedua-dua pemilik premis perniagaan terbabit adalah disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Cap Dagangan 2019 dan kes ini akan disiasat mengikut seksyen 102(1), (b)&(c) Akta Cap Dagangan 2019 iaitu mempunyai dalam milikan bagi maksud perdagangan barang-barang yang suatu cap dagangan berdaftar dipakaikan dengan salah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Georgie berkata, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap barang atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan bagi pertubuhan perbadanan boleh didenda tidak melebihi RM15,000 bagi setiap barangan.

Katanya, kementerian ini akan terus menguatkuasakan undang-undang dibawah Akta Cap Dagangan 2019 bagi membanteras penjualan barangan tiruan dan aktiviti cetak rompak di pasaran.

“Para peniaga adalah diingatkan agar lebih bertanggungjawab serta menghormati harta intelek orang lain di samping sentiasa berusaha membuat semakan status kesahihan dan ketulenan barangan yang dibekalkan.

“Pengguna juga dinasihati supaya tidak menyokong jualan barangan tiruan dipasaran yang belum tentu terjamin dari segi kualiti dan keselamatannya,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular