HomeIsu tempatanSPRM tahan 3 individu kemuka invois palsu lebih RM800,000

SPRM tahan 3 individu kemuka invois palsu lebih RM800,000

Read Time:39 Second

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah telah menahan tiga individu kerana dipercayai telah mengemukakan invois palsu bernilai lebih RM800,000 kepada pejabat di sebuah kementerian pada tahun 2019.

Menurut sumber, ketiga-tiga suspek lelaki berumur antara 30 hingga 40 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Sabah kira-kira pukul 10 pagi tadi (20 Julai 2022) ketika hadir memberi keterangan untuk membantu siasatan.

Katanya, mereka dipercayai telah mengemukakan invois palsu berkaitan tuntutan bayaran kos pengangkutan bagi projek untuk tempoh tiga bulan iaitu daripada September hingga November 2019.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan Seksyen 109 Kanun Keseksaan.

“Ketiga-tiga suspek berkenaan dijangka akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah dalam tempoh terdekat,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya