HomeIsu tempatanPengarah didakwa di mahkamah, 21 pertuduhan kes tuntutan palsu

Pengarah didakwa di mahkamah, 21 pertuduhan kes tuntutan palsu

Read Time:1 Minute, 2 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Seorang pengarah mengaku tidak bersalah apabila didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 21 pertuduhan kes membuat tuntutan palsu berjumlah RM66,000.

Tertuduh Charles Santhanaraju A/l Vairappan mengaku tidak bersalah ke atas semua 21 pertuduhan kes yang dibaca di hadapan hakim Abu Bakar Manat.

Pertuduhan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Nartiah F. Michelle Sambatan.

Mengikut fakta kes, tertuduh yang berusia 55 tahun itu bertugas sebagai pengarah Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah didakwa membuat 21 tuntutan palsu tersebut sekitar tahun 2014 sehingga 2017 melibatkan dana penyelidikan termasuklah kos tuntutan beliau semasa menjalankan aktiviti penyelidikan di pulau-pulau, sewa bot dan aktiviti menyelam, bagaimanapun tuntutan yang dinyatakan tiada perbelanjaan dilakukan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Tertuduh diwakili dua orang peguam iaitu Zahir Shah dan Baldev Singh.

Mahkamah kemudiannya menetapkan tarikh pengurusan kes pada 6 September 2022 dan tertuduh diarahkan membayar ikat jamin sebanyak RM20,000, bayaran pendahuluan RM10,000 dengan seorang penjamin tempatan.

Tertuduh juga diarahkan agar pasport antarabangsanya ditahan pihak mahkamah selain diarah untuk melapor diri di pejabat SPRM setiap dua bulan sekali dengan tarikh yang ditetapkan oleh SPRM serta tidak mengganggu saksi pendakwaan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

NDRC UMS perkukuh pengurusan bencana bersama pihak berkuasa tempatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular