HomeSukanSukan tradisi Kaamatan 2026 perkukuh perpaduan rakyat Sabah

Sukan tradisi Kaamatan 2026 perkukuh perpaduan rakyat Sabah

Read Time:1 Minute, 16 Second

PENAMPANG : Penganjuran Sukan Tradisi sempena Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2026 menjadi platform penting dalam memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian rakyat pelbagai kaum di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam berkata, penganjuran sukan tradisi itu selaras dengan tema Pesta Kaamatan tahun ini iaitu “Kaamatan Menuai Perpaduan, Meraikan Keharmonian”.

Menurut beliau, sambutan Pesta Kaamatan bukan sahaja meraikan budaya dan warisan masyarakat, malah menjadi medium untuk mengeratkan hubungan antara rakyat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan kebudayaan serta agensi kerajaan.

“Kita meraikan Pesta Kaamatan tahun ini dalam suasana penuh harmoni dan perpaduan bersama rakyat, NGO, Kadazandusun Cultural Association (KDCA), serta agensi kerajaan negeri dan Persekutuan yang turut terlibat menjayakannya.

“Saya mengucapkan tahniah kepada Lembaga Sukan Sabah (LSS), Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah (KBSK), serta semua agensi yang terlibat dalam menjayakan program yang menyatupadukan rakyat negeri ini.

“Program seperti inilah yang kita mahukan kerana ia mempunyai nilai perpaduan dan keharmonian. Apabila wujud keharmonian, kita dapat bekerjasama dengan lebih baik sekali gus memajukan negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyempurnakan Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Sukan Tradisi Sempena Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2026 yang berlangsung di Dewan SMK Bahang, Penampang, di sini.

Program yang berlangsung selama dua hari itu melabuhkan tirainya dengan penyertaan kira-kira 500 peserta yang mengambil bahagian dalam 10 acara sukan tradisional yang dipertandingkan mengikut beberapa kategori.

Selain itu, Joachim turut menyaksikan perlawanan akhir acara tarik tali dan gusti lengan sebelum menyempurnakan majlis penutupan serta penyampaian hadiah kepada para pemenang dalam suasana yang meriah.

RELATED ARTICLES
Sukan

EDU SABAH juara kejohanan badminton Piala Mayor kali ke-5

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular