HomeUtamaSekolah perlu pantau keselamatan murid di kawasan ancaman buaya

Sekolah perlu pantau keselamatan murid di kawasan ancaman buaya

Read Time:1 Minute, 11 Second

KOTA KINABALU: Keselamatan murid yang menggunakan laluan sungai dan perairan untuk ke sekolah perlu diberi perhatian serius bagi mengelakkan mereka terdedah kepada ancaman haiwan berbahaya, khususnya buaya.

Pengerusi Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta (PIBKS) Sabah, Datuk Mohammad Arif Sakaran, berkata pemantauan rapi oleh pihak sekolah perlu dilakukan, terutama di kawasan yang dikenal pasti mempunyai kehadiran haiwan berkenaan.

Menurutnya, murid serta pengguna bot juga perlu sentiasa diberikan peringatan mengenai risiko keselamatan ketika melalui kawasan perairan terbabit.

Arif Sakaran

Katanya, langkah itu penting bagi memastikan semua pihak sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

“Perlu ada pemantauan daripada pihak sekolah dan sentiasa memperingatkan pelajar, begitu juga mereka yang menggunakan bot supaya keseluruhan keadaan dapat dipantau dengan rapi. Kita khuatir sekiranya berlaku ancaman daripada buaya tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Graduasi Kali Ke-17 dan Khatam Hafazan al-Quran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Kota Kinabalu, di sini.

Arif berkata demikian ketika diminta mengulas isu keselamatan murid di Pulau Tambisan, Lahad Datu, susulan video yang tular di media sosial baru-baru ini memaparkan seekor buaya timbul di perairan Laut Sulu berhampiran Kampung Tambisan.

Perairan berkenaan merupakan antara laluan yang digunakan penduduk setempat, termasuk pelajar, untuk ke sekolah di Pulau Tambisan hampir setiap hari.

Sehubungan itu, beliau berharap pemantauan dan peringatan berterusan dapat diberikan kepada murid serta pengguna bot bagi memastikan keselamatan mereka ketika menggunakan laluan perairan berkenaan sentiasa terjamin.

RELATED ARTICLES
Utama

Al-Quran bukan sekadar dihafaz, tetapi perlu dihayati dan diamalkan – Arif

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular