HomeUtamaDUN Sabah : RM8.8 juta diperuntuk naiktaraf kemudahan awam usang

DUN Sabah : RM8.8 juta diperuntuk naiktaraf kemudahan awam usang

Read Time:1 Minute, 43 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan Negeri pada tahun ini telah meluluskan Peruntukan Perbekalan berjumlah RM8.8 juta bagi tujuan menaiktaraf kemudahan-kemudahan awam yang usang.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Mohamad Hamsan Awang Supain berkata, peruntukan itu melibatkan pembinaan,pembaikan dan penyelenggaraan kemudahan awam yang rosak.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM1 juta adalah untuk Pembinaan, Pembaikan dan Penyelenggaraan Titian Umum dan RM5 juta bagi Pembinaan, Pembaikan dan Penyelenggaraan Sistem Saluran Parit dan Longkang.

“Manakala sebanyak RM2.8 juta lagi diperuntukkan Pembinaan, Pembaikan dan Penyelenggaraan Taman dan Kemudahan-Kemudahan Awam lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Poon Ming Fung @ Frankie (DAP- Tanjong Papat) di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Mohamad Hamsan berkata, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) juga telah meluluskan Peruntukan berjumlah RM48,151,560.00 dan Peruntukan Kumpulan Wang Covid berjumlah RM36,125,000.00 kepada Kementeriannya untuk tujuan pembinaan, pembaikan dan Penyelenggaraan kemudahan-kemudahan awam yang usang.

Katanya, bagi tujuan pengindahan kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Kementerian melalui RMK-12 biayaan Kerajaan Negeri bagi sepanjang tahun 2021-2025 di bawah Program Naik Taraf Landskap memperuntukkan sejumlah kira-kira RM2.1 juta bagi naik taraf landskap kawasan lapang dan taman-taman awam bagi PBT berkeutamaan

“Melalui Program Landskap di bawah Kementerian, peruntukan secara tahunan RM350,000 adalah melibatkan baikpulih taman, inisiatif penghijauan dan penggalakan PBT Hijau.

“Kerajaan negeri turut mendapat sokongan Kerajaan Persekutuan melalui KPKT menerusi Program Naik Taraf Taman Awam ini diluluskan berjumlah RM2.25 juta melibatkan PBT yang memenuhi kriteria.

“Selain itu, peruntukan kepada Program Geran Pemangkin Bandar Rendah Karbon (GeRAK) turut diperuntukkan kepada seluruh PBT Sabah berjumlah kira-kira RM6.25juta bagi tujuan pelaksanaan dan memperkasakan inisiatif KKTP Masyarakat Rendah Karbon PBT Sabah,” katanya.

Katanya, melalui tanggungjawab PBT, program naiktaraf, baikpulih dan penyelenggaraan kemudahan-kemudahan awam serta pengindahan bandar merupakan antara keutamaan Kementerian.

“Ini adalah bagi memastikan keselamatan dan fungsi kemudahan-kemudahan awam di tahap optimum, demi mewujudkan persekitaran kondusif dan komuniti yang sejahtera serta memperkasakan lagi perkhidmatan PBT berada di tahap terbaik kepada orang awam,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama SPSB, DPW menjadikan Sabah sebagai hab transhipment

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya